Utusan Borneo (Sabah)

Kes demam campak turun 40%

Tiga kes demam campak babit kanakkanak tidak mendapat suntikan imunisasi

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata, sebanyak tiga kes demam campak telah dilaporkan sehingga 9 Februari 2019.

Beliau berkata, angka itu merupakan penurunan kes sebanyak 40 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018.

“Kesemua kes merupakan kanak-kanak yang berumur di antara 1 hingga 6 tahun dan tidak pernah mendapat suntikan imunisasi.

“Dua daripada kes yang dilaporkan itu merupakan kanak-kanak bukan warganegar­a,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas

melancarka­n laman web Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat (KKKR) dan sambutan Tahun Baharu Cina KKKR 2019, bertempat di ShangriLa Tanjung Aru Resort & Spa, dekat sini pada Khamis.

Stephen berkata, tahun lepas, sebanyak 73 kes demam campak dan satu kematian dilaporkan. Sekitar 40 peratus kes adalah di kalangan kanakkanak yang berumur di antara dua hingga tujuh tahun.

“Majoriti kes merupakan penduduk warganegar­a dan selebihnya penduduk bukan warganegar­a,” katanya.

Katanya, daripada jumlah keseluruha­n kes, hanya 15 peratus pernah mendapatka­n suntikan imunisasi.

“Empat daerah tertinggi yang melaporkan kes demam campak adalah Kudat (30 kes), Semporna (21 kes), Kota Kinabalu (4 kes) dan Tawau (4 kes),” katanya.

Stephen berkata demam campak adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus measles.

“Ia merupakan salah satu penyakit cegahan vaksin yang sangat mudah berjangkit melalui udara dan juga sentuhan langsung kepada titisan cecair pesakit,” katanya.

Katanya, sebelum imunisasi campak diperkenal­kan, ia merupakan salah satu

“Tahun lepas, sebanyak 73 kes demam campak dan satu kematian dilaporkan. Sekitar 40 peratus kes adalah di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara dua hingga tujuh tahun. Majoriti kes merupakan penduduk warganegar­a dan selebihnya warganegar­a.” penduduk bukan DATUK STEPHEN WONG TIEN FATT Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat

masalah kesihatan utama yang menyebabka­n banyak kematian terutamany­a di kalangan kanak-kanak.

Katanya, langkah terbaik bagi mencegah jangkitan campak adalah melalui suntikan imunisasi yang mana tubuh seseorang itu akan membentuk antibodi terhadap virus campak.

Katanya, pesakit yang mempunyai daya tahan tubuh yang baik hanya akan mengalami gejala ringan seperti demam, ruam, batuk, selsema, konjunktiv­itis (mata merah).

“Kebiasaann­ya, tempoh inkubasi adalah di antara 7 hingga 10 hari dan ruamruam di badan pula akan terbentuk 3 hingga 4 hari selepas mengalami demam.

Walau bagaimanap­un, risiko komplikasi akan meningkat sekiranya kanakkanak tidak menerima imunisasi.

Keadaan akan bertambah teruk sekiranya kanakkanak tersebut berumur kurang daripada lima tahun, mengalami kurang zat makanan atau mempunyai masalah kurang daya tahan,” katanya.

Katanya, antara komplikasi yang boleh dialami adalah seperti jangkitan telinga tengah (otitis media 5-15 peratus), cirit birit, jangkitan paru-paru (bronkitis dan pneumonia 5-10 peratus) dan jangkitan pada otak (subacute sclerosing panencepha­litis) yang boleh menyebabka­n kecacatan kekal dan juga kematian.

“Perkara terpenting dalam kaedah pencegahan penyakit campak adalah menerusi imunisasi,” katanya.

Stephen berkata, Kementeria­n Kesihatan Malaysia mensasarka­n 95 peratus liputan imunisasi campak di kalangan kanakkanak.

“Pihak Kementeria­n dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah khasnya akan terus menjalanka­n kempen imunisasi di seluruh negeri bagi semua jenis penyakit cegahan vaksin termasuk campak,” katanya.

Di Sabah, katanya imunisasi campak diberikan seawal umur enam bulan dan seterusnya pada umur sembilan bulan dan 12 bulan.

“Dos ketiga campak ini mampu memberikan kadar seroconver­sion hingga 99 peratus. Booster dose pula diberikan ketika kanakkanak tersebut berumur tujuh tahun,” katanya.

Beliau berkata, di kawasan wabak, antara aktiviti kawalan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah termasukla­h Supplement­ary Immunizati­on Activities (SIA) iaitu pemberian suntikan campak tambahan kepada kanak-kanak yang berumur enam tahun dan ke bawah.

“Bagi sesetengah kawasan yang lebih tinggi risiko jangkitann­ya, had umur bagi suntikan tambahan/sokongan ini dinaikkan kepada 17 tahun.

Ini bagi memastikan imuniti kelompok tercapai dan rantaian jangkitan dapat diputuskan dengan cepat.

Bagi kanak-kanak yang tercicir dalam mendapatka­n suntikan imunisasi pula, ibubapa dan penjaga disarankan untuk mendapatka­n suntikan imunisasi di Klinik-klinik kesihatan berdekatan,” katanya.

Turut hadir Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif, Setiausaha Politik KKKR Ginger Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Tetap KKKR Datuk Janet Chee.

 ??  ?? STEPHEN (tengah), Norazlinah (tiga dari kanan), Phoong, (dua dari kanan) dan Janet (tiga dari kiri) bersama para pegawai kanan KKKR mengaul yee sang bagi menyempurn­akan sambutan Tahun Baharu Cina KKKR 2019.
STEPHEN (tengah), Norazlinah (tiga dari kanan), Phoong, (dua dari kanan) dan Janet (tiga dari kiri) bersama para pegawai kanan KKKR mengaul yee sang bagi menyempurn­akan sambutan Tahun Baharu Cina KKKR 2019.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia