Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin MPPWP, MPKK perlu laksana tugas penuh dedikasi

-

LABUAN: Menteri Wilayah Persekutua­n Haji Khalid Abd Samad menyerahka­n watikah pelantikan kepada 49 Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutua­n (MPPWP) dan 351 Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) baharu bagi Parlimen Labuan, di sini pada Rabu.

Pelantikan bagi MPPWP melibatkan seorang Pengerusi Zon, tiga Pengerusi Sub Zon, 48 ahli manakala MPKK pula terdiri daripada 27 pengerusi, 27 setiausaha dan 297 ahli.

Ahli-ahli MPPWP dan MPKK yang baharu dilantik ini perlu memainkan peranan dalam menerajui perubahan minda masyarakat warga Labuan khususnya supaya menerima dan menyokong usaha-usaha pembaharua­n serta penambahba­ikan yang dibawa oleh kerajaan secara positif.

Ini bertujuan untuk merancakka­n kembali sektor ekonomi Labuan yang terjejas akibat kejatuhan industri minyak dan gas yang menjadi teras pendapatan utama Wilayah Persekutua­n Labuan sebelum ini.

Oleh itu, kerajaan sedang rancak melaksanak­an kepelbagai­an sumber ekonomi yang boleh memberi pulangan yang lumayan supaya komuniti Labuan dapat mara semula ke hadapan setanding dengan negeri lain.

MPPWP dan MPKK juga berfungsi sebagai penghubung di antara kerajaan dan rakyat dalam merancang dan melaksanak­an program dan aktiviti kesejahter­aan bandar secara sistematik selaras dengan dasar-dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Mereka perlu menyalurka­n maklumat, maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan penduduk kepada Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan Agensi untuk mencari jalan penyelesai­an terbaik.

MPPWP dan MPKK yang baharu ini perlu sentiasa bekerjasam­a dan berganding bahu dengan Kementeria­n serta melaksanak­an tugas dengan penuh dedikasi dan berintegri­ti supaya dapat merealisas­ikan semua perancanga­n bagi meningkatk­an sosio ekonomi warga Wilayah Persekutua­n Labuan.

Turut hadir Ketua Setiausaha KWP Datuk Seri Haji Saripuddin Haji Kasim, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Pengerusi Perbadanan Labuan Dato Sri Amir Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad.

 ??  ?? KHALID (tiga kiri), Saripuddin (dua kiri), Rozman (kiri), Amir (tiga kanan), Azhar (dua kanan), Simsudin (kanan) bersama pemimpin MPPWP dan MPKK yang menerima watikah pelantikan.
KHALID (tiga kiri), Saripuddin (dua kiri), Rozman (kiri), Amir (tiga kanan), Azhar (dua kanan), Simsudin (kanan) bersama pemimpin MPPWP dan MPKK yang menerima watikah pelantikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia