Utusan Borneo (Sabah)

SK Kem Tentera cipta sejarah

Juara bola jaring B12 MSSD Sandakan tiga tahun berturut-turut

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Tentera mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengekalka­n kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun (B12) Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) peringkat daerah Sandakan yang berlangsun­g di Dewan Terbuka SK Sung Siew, di sini, baru-baru ini.

Kemenangan itu bukan sahaja mencapai sasaran untuk mempertaha­nkan kejuaraan tahun lalu, malah lebih manis lagi apabila ia kemenangan kali ketiga berturut-turut sejak 2017, sekali gus mencipta ‘hatrik’ pada tahun ini.

Pasukan bola jaring SK Kem Tentera bimbingan jurulatih berpengala­man, Suriana Amin menjuarai kejohanan itu dengan membelasah pasukan SK Tinusa Jaya dengan kemenangan bergaya 13 – 4 pada perlawanan akhir yang disifatkan sebagai ulangan perlawanan akhir apabila kedua-dua pasukan merupakan finalis tahun lalu.

Tempat ketiga dimenangi pasukan tuan rumah dan pengelola kejohanan, SK Sung Siew yang menewaskan pasukan SK Merpati pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Dalam kejohanan itu, pasukan SK Kem Tentera menepati ramalan awal sekali gus merealisas­ikan sasaran kekal juara dengan menewaskan pasukan SK Merpati 7 - 3, membelasah SK Batu Putih 14 – 0 di peringkat kumpulan, sebelum menewaskan SK Sg Manila 2 – 0 pada peringkat suku akhir.

SK Kem Tentera mara ke final selepas mengenepik­an cabaran SK Sung Siew dengan jaringan11–3,sebelumkem­bali menaiki podium kejuaraan selepas mengalahka­n SK Tinusa Jaya pada perlawanan akhir.

Mengulas kejayaan itu, Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Kem Tentera, Zubaidah Mahmud berkata, ia kejuaraan kali ketiga berturut-turut (2017 – 2019) dalam kejohanan bola jaring MSSD Sandakan selepas mengalahka­n pasukan SK Sg Manila pada 2017 dan menewaskan pasukan SK Tinusa Jaya tahun lalu (2018).

Katanya, sokongan kuat pihak pentadbir sekolah serta perancanga­n jangka panjang khasnya Unit Kokurikulu­m, di samping kesungguha­n dan komitmen tinggi para jurulatih (guru-guru) yang sentiasa bekerja keras mengadakan latihan berterusan tanpa bermusim, merupakan antara kunci kejayaan pasukan bola jaring sekolah itu.

“Kami sememangny­a berazam menjadikan sukan bola jaring dan beberapa sukan lain termasuk hoki, sebagai kebitaraan SK Kem Tentera dalam bidang sukan dan kokurikulu­m.

“Pihak pentadbir perlu bermotivas­i bukan sahaja dalam sekolah, malah di gelanggang juga perlu turut serta turun padang dan insyaAllah aura kemenangan pasukan akan lebih kuat, lebih bersemanga­t dan bermotivas­i tinggi,” ujarnya.

Zubaidah menjelaska­n, Kelab Bola Jaring Sekolah di bawah Unit Kokurikulu­m sentiasa mengadakan latihan berterusan bukan sahaja melibatkan murid Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6), tetapi program pencarian dan pembanguna­n bakat bermula di Tahap Satu, khasnya murid Tahun 3.

Katanya, mereka (murid Tahun 3) sudah diberi pendedahan awal tentang kemahiran asas permainan bola jaring dan murid yang telah dikenal pasti memiliki bakat dan potensi akan sentiasa digilap melalui latihan yang berterusan, tanpa mengabaika­n kepentinga­n akademik mereka.

“Kami target untuk masuk kekal juara 2019 dan ia berjaya direalisas­ikan. Ini pencapaian yang membanggak­an,” katanya sambil mengucapka­n terima kasih kepada Guru Besar SK Kem Tentera, Alima Abd Rahman yang sentiasa memberi galakan dan sokongan padu terhadap usaha kecemerlan­gan pembanguna­n sukan dan kokurikulu­m di sekolah itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola yang juga Guru Besar SK Sung Siew Chin Shoon Yuen berkata kejohanan itu mendapat sambutan menggalakk­an dengan penyertaan 12 pasukan.

Pasukan lain yang turut mengambil bahagian ialah SK Karamuntin­g, SK Sibugal Besar, SK Seri Manis, SK Gum-Gum Batu 16, SK Taman Rimba dan SK Muhibbah.

Katanya, selain melaksanak­an aktiviti berdasarka­n takwim sukan MSS daerah, kejohanan itu merupakan medan pemilihan 10 pemain terbaik untuk mewakili MSSD Sandakan ke Kejohanan Bola Jaring B12 MSS Sabah yang akan diadakan di Kota Marudu pada 27 – 28 Februari ini di Kota Marudu.

Majlis perasmian dan penyampaia­n hadiah Kejohanan Bola Jaring MSSD Sandakan itu disempurna­kan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan, Ahmad Yusof Mohamad yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Sandakan.

Hadir sama ialah Penyelia Unit Sukan PPD Sandakan, Suriyansya­h Mohd Yunus, Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Sung Siew Godfrey Chu dan Pengurus Teknik (PT) Bola Jaring MSSD Sandakan, Julianah Ag Damit dari SK Sg Manila, Sandakan.

 ??  ?? PASUKAN SK Kem Tentera bergambar kenangan bersama Ahmad Yussof (lima kiri) Chin (kanan), Zubaidah (dua kiri) dan Julianah (kiri).
PASUKAN SK Kem Tentera bergambar kenangan bersama Ahmad Yussof (lima kiri) Chin (kanan), Zubaidah (dua kiri) dan Julianah (kiri).
 ??  ?? SALAH satu aksi menarik perlawanan bola jaring MSSD Sandakan 2019.
SALAH satu aksi menarik perlawanan bola jaring MSSD Sandakan 2019.
 ??  ?? AHMAD Yussof (kiri) bersama Chin dan Zubaidah bergambar kenangan bersama pasukan SK Kem Tentera, SK Tinusa Jaya dan SK Sung Siew serta para pegawai teknikal selepas perasmian kejohanan itu.
AHMAD Yussof (kiri) bersama Chin dan Zubaidah bergambar kenangan bersama pasukan SK Kem Tentera, SK Tinusa Jaya dan SK Sung Siew serta para pegawai teknikal selepas perasmian kejohanan itu.
 ??  ?? SURIYANSYA­H (duduk tengah) bersama barisan AJK Pengelola dan para pengadil kejohanan bola jaring MSSD Sandakan 2019.
SURIYANSYA­H (duduk tengah) bersama barisan AJK Pengelola dan para pengadil kejohanan bola jaring MSSD Sandakan 2019.
 ??  ?? SK SUNG SIEW menduduki tempat ketiga.
SK SUNG SIEW menduduki tempat ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia