Utusan Borneo (Sabah)

102 sertai Kejohanan Golf anjuran UPPM

-

TAWAU: Seramai 102 peserta telah menyertai Kejohanan Golf anjuran Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Jabatan Ketua Menteri.

Kejohanan sehari ini berlangsun­g di Shan-Shui Golf & Country Club, Tawau.

Menurut pengarah UPPM Haji Abdullah Minun Haji Sahirun, kejohanan ini bertujuan untuk memperkena­lkan UPPM kepada masyarakat serta tokoh tokoh korporat dalam semua lapisan masyarakat.

Selain itu UPPM juga turut menggalas tanggungja­wab sebagai perantara antara kerajaan dengan akar umbi dan membantu kerajaan mencapai matlamatny­a memberi perkhidmat­an terutama dalam hal hal berkaitan dengan kesejahter­aan masyarakat.

Katanya, UPPM perlu mendekati masyarakat dalam apa jua cara dan melalui kejohanan ini secara tidak langsung ia dapat mendekatka­n kerajaan dan rakyat dalam pelbagai lapisan masyarakat.

Kejohanan ini mempertand­ingkan tiga kategori iaitu kategori VVIP, Gross dan Nett.

Juara kategori VVIP telah dimenangi oleh Menteri Pelajaran dan Innovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob, manakala kategori Gross dijuarai oleh Balutti Sahibul dan kategori Nett dimenangi oleh Samson Sahibul.

Hadiah dan sijil penyertaan telah disampaika­n oleh Abdullah Minun selaku pengarah UPPM Sabah.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah, Datuk Jimmy Wong Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri merangkap Adun Sri Tanjung, Datuk Hajah Hamisa Samat merangkap Adun Tanjung Batu, pegawai-pegawai PPM di sekitar Tawau dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (PKM) kawasan Merotai.

 ??  ?? ABDULLAH menyampaik­an hadiah juara Kategori Gross kepada Balutti.
ABDULLAH menyampaik­an hadiah juara Kategori Gross kepada Balutti.
 ??  ?? PARA AJK UPPM yang hadir memeriahka­n kejohanan tersebut.
PARA AJK UPPM yang hadir memeriahka­n kejohanan tersebut.
 ??  ?? YUSOF (kanan) menerima hadiah kategori VVIP yang disampaika­n oleh Jimmy.
YUSOF (kanan) menerima hadiah kategori VVIP yang disampaika­n oleh Jimmy.
 ??  ?? SAMSON menerima hadiah yang disampaika­n oleh Yusof bagi kategori Nett.
SAMSON menerima hadiah yang disampaika­n oleh Yusof bagi kategori Nett.
 ??  ?? (Gambar atas) ABDULLAH (tengah) bersama petugaspet­ugas dalam Kejohanan Golf anjuran UPPM.
(Gambar atas) ABDULLAH (tengah) bersama petugaspet­ugas dalam Kejohanan Golf anjuran UPPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia