Utusan Borneo (Sabah)

Semuanya teratur: Peter

Urus tadbir SAFA telus, nafi tohmahan di media sosial

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony berkata semua urus tadbir dan pengurusan persatuan teratur dan telus.

“Terdapatto­hmahandibu­at segelintir pihak di media sosial sehingga ada yang telah membuat aduan ke SPRM (Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia) bahawa SAFA telah menjual tiket palsu semasa perlawanan pertama Sabah menentang Johor Darul Ta’zim II di Stadium Likas, 2 Februari lalu.

“Sayatelahk­atakansebe­lum ini bahawa semua ini tidak benar. Kita telah buat apa yang patut dan mengikut yang dibenarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau Malaysian Football League (MFL). Semuanya termasuk penjualan tiket dibuat secara telus. Semuanya teratur. SAFA juga sudah ada surat kebenaran dari MFL,” kata Peter.

Peter yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah berkata demikian ketika ditemui media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Khas Perlawanan Liga Premier Sabah menentang Terengganu FC II di bilik mesyuarat kementeria­nnya, di sini, Khamis.

Menurutnya, SAFA dibenarkan menjual tiket bermusim dan pas tahunan dan ia adalah sebahagian daripada usaha menjana

Saya telah katakan sebelum ini bahawa semua ini tidak benar. Kita telah buat apa yang patut dan mengikut yang dibenarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau Malaysian Football League (MFL). Semuanya termasuk penjualan tiket dibuat secara telus. Semuanya teratur. SAFA juga sudah ada MFL.” surat kebenaran dari DATUK PETER ANTHONY Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA)

kewangan persatuan.

“Hasil daripada penjualan tiket perlawanan pasukan Sabah pada saingan Liga Premier di Stadium Likas penting bagi menjana kewangan SAFA untuk pengurusan pasukan Sabah termasuk membayar gaji pemain.

“Selain mencari tajaan pihak luar, SAFA perlu mencari sumber dana lain disebabkan kita tidak lagi menerima dana daripada kerajaan negeri seperti dahulu,” katanya.

Peter berkata jawatankua­sa Safa yang baharu menitikber­atkan amalan telus dan integriti dalam pengurusan persatuan itu khususnya membabitka­n aspek kewangan.

Menurutnya, jawatankua­sa Safa juga mempunyai wakil dari SPRM Sabah dan Polis Sabah untuk memastikan aspek integriti sentiasa diutamakan dan menjauhi amalan rasuah.

Dalam perkembang­an lain, Peter berkata SAFA telah menerima surat peletakan jawatan Timbalan Presiden Safa Hamid Apdal dan akan dibincang pada Mesyuarat Agung Tahunan persatuan itu nanti.

Peter berharap tidak ada lagi isu-isu tidak perlu yang mengganggu pentadbira­n dan pengurusan persatuan selepas ini.

“Kita mahu memberi tumpuan memperkasa­kan persatuan dan pasukanpas­ukan Sabah dalam Liga Malaysia,” katanya.

 ??  ?? PETER menunjukka­n surat kebenaran dari MFL.
PETER menunjukka­n surat kebenaran dari MFL.
 ??  ?? PETER semasa sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Khas Perlawanan Liga Premier Sabah menentang Terengganu FC II di bilik mesyuarat kementeria­nnya, di sini, Khamis.
PETER semasa sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Khas Perlawanan Liga Premier Sabah menentang Terengganu FC II di bilik mesyuarat kementeria­nnya, di sini, Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia