Utusan Borneo (Sabah)

Alat muzik, sepanduk perlu kebenaran SAFA semasa perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Penggunaan alat muzik berat dan memaparkan sepanduk (banner) di Stadium Likas semasa Sabah menjadi tuan rumah perlawanan Liga Malaysia perlu mendapat kebenaran Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) terlebih dahulu.

Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n SAFA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Jauteh Dikun yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Sabah berkata, peraturan itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Keselamata­n SAFA, Selasa lalu.

“Peraturani­niberkuatk­uasa bermula perlawanan Liga Premier Sabah menentang Terengganu FC II (TFC II) Sabtu ini,” kata Jauteh ketika ditemui di sini pada Khamis.

Alat muzik yang dilarang dibawa masuk tanpa kebenaran termasukla­h gong, gendang dan kompang.

“Memang tidak dibenarkan dibawa masuk adalah sebarang senjata termasuk mercun dan suar atau benda yang boleh dijadikan senjata seperti payung, botol minuman dan minuman tin. “Kami akan memperketa­tkan kawalan keselamata­n bagi menguatkua­sakan peraturan ini. Sehubungan dengan itu kami berharap penonton atau kelab penyokong memberi kerjasama dalam hal ini,” kata Jauteh.

Beliau berkata, peraturan itu adalah bagi memastikan kemeriahan menyaksika­n perlawanan Liga Malaysia apabila Sabah menjadi tuan rumah tidak dicemari dengan perkara-perkara yang tidak diingini.

“SAFA dan pasukan Sabah sememangny­a menghargai dan perlukan sokongan penyokong. Sebab itu kita mahu penyokong datang untuk menyokong pasukan dan bukannya menimbulka­n kekecohan termasuk mamaparkan sepanduk-sepanduk bersifat provokasi.

“Kalau mahu menggunaka­n alat muzik atau ada sepanduk yang mahu dipaparkan, perlu kebenaran daripada SAFA terlebih dahulu,” katanya.

Sambil itu, Malaysian Football League (MFL) juga tidak membenarka­n sebarang siaran langsung dari manamana organisasi atau individu yang tidak diberi hak oleh badan pentadbir liga tanah air berkenaan.

Oleh itu, sebarang peralatan kamera atau video untuk tujuan membuat siaran langsung juga tidak dibenarkan dibawa masuk kecuali mereka yang telah diberi hak dan mempunyai pas dari MFL.

 ??  ?? JAUTEH
JAUTEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia