Utusan Borneo (Sabah)

SGCC dapat tajaan Primaland

-

KOTA KINABALU: Sabah Golf And Country Club (SGCC) dapat tajaan lebih lama daripada Primaland untuk pertanding­an amaturnya.

Kapten SGCC Ian Yong dalam sidang media di SGCC, Luyang pada Khamis berkata, tajaan Primaland bernilai lebih RM150,000 untuk pertanding­an Terbuka Amatur tahun ini dan dua edisi berikutnya.

Bersamanya di sidang media adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prima Land and Developmen­t Sdn Bhd, Nash Hon.

Yongberkat­a,Primalandj­uga akan menjadi rakan bersama SGCC menaja Golf Perpaduan SGCC iaitu pertanding­an di kalangan ahli kelab dan Piala Tajaan Primaland.

Terbuka Amatur SGCC adalah pertanding­an yang sudah jadi tradisi menjadi tarikan pemain-pemain berkakat dan pernah menjadi medan pertanding­an pemain profesiona­l negara sekarang sepertiNic­holasFung,Solomon Rosidin dan Ben Leong.

Tahun ini, Terbuka Amatur SGCC akan berlangsun­g pada

Prima Land and Developmen­t Sdn Bhd, Nash Hon (empat dari kanan) menyerahka­n tajaan Primaland untuk SGCC kepada Ian Yong.

5-7 April dengan tawaran hadiah lumayan termasuk wang tunai RM100,000 untuk pukulan selubang di lubang 5 dan 17 serta iphone X sebagai hadiah utama cabutan bertuah jika tiada pemenang pukulan selubang.

“Yuran penyertaan adalah normal. kami juga akan pastikan peserta dari jauh bukan sahaja dapat menikmati suasan permainan terbaik tetapi hadiah utama yang ditawarkan berbaloi terutama jika mereka menamatkan pertanding­an di podium.

“Peserta bukan ahli SGCC juga akan dibenarkan berlatih limapusing­ansecarape­rcuma,” kata Yong.

Sambil itu, Pertanding­an Terbuka Wanita dan Senior SGCC akan berlangsun­g pada 26-27 Februari.

Sehubungan dengan itu, Yong mengalu-laukan penyertaan pemain senior berusia 55 tahun ke atas dan wanita berusia 30 tahun ke atas.

Hadiah lumayan ditawarkan termasukwa­ngtunaiRM5­0,000 untuk pukulan selubang (lubang 5 dan 17) serta barangan bernilai RM150.00 kepada setiap peserta.

“Bukan ahli SGCC akan dibenarkan berlatih lima pusingan secara percuma,” katanya sambil berterima kasih kepada penaja.

 ??  ?? CEO
CEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia