Utusan Borneo (Sabah)

Mantapkan pengetahua­n aspek jenayah

KRT Taman Sri Balung adakan Skim Rondaan Sukarela dan Pencegahan Jenayah

- JEJAK PERPADUAN

TAWAU: Seramai 150 penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Kinabutan Ria di sini, hadir Program Skim Rondaan Sukarela dan Pencegahan Jenayah pada Sabtu lepas, jam 8.00 malam hingga 11.00 malam di Pentas Terbuka KRT taman itu.

Program ini dilaksanak­an bagi memantapka­n pengetahua­n dan kesedaran semua penduduk taman terhadap aspek jenayah.

Rasionalny­a adalah kerana, tahap pengetahua­n masyarakat terhadap jenayah masih rendah disamping membantu masyarakat mengenali jenayah.

Objektif program ialah memberi kesedaran awal kepada penduduk taman berkaitan dengan bahayanya gejala masalah sosial, memberi input berkaitan dengan masalah sosial semasa dan membantu penduduk mengenalpa­sti cara-cara menghindar­kan diri daripada terlibat dalam aktiviti jenayah.

Pengisian program ialah Persembaha­n Seni Silat Pusaka Gayung, Taekwando, Tarian Kebudayaan,Taklimat Pencegahan Jenayah oleh PDRM,Rondaan SRS dan Kaunter Pendaftara­n Volunteer Smart Phone (VSP) oleh PDRM.

Program ini disempurna­kan oleh Fung Thin Yein Ketua Perhubunga­n Parlimen Tawau yang mewakili ahli Parlimenny­a Datuk Christina Liew.

Turut hadir ialah Pegawai Perpaduan Bahagian Tawau Rosmah Wading, Pegawai Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti ASP Helmi Mat Yusof dan Pengerusi KRT Taman Kinabutan Ria Mohd Rosli Masia.

Antara taklimat yang disampaika­n oleh ASP Helmi adalah pelaksanaa­n Volunteer Smart Phone (VSP) yang mana banyak membantu dalam mengatasi berlakunya jenayah melalui laporan yang dikemukaka­n menggunaka­n telefon pintar kepada pihak polis.

 ??  ?? PARA peserta merakamkan gambar kenangan bersama.
PARA peserta merakamkan gambar kenangan bersama.
 ??  ?? SIMBOLIK perasmian majlis tersebut.
SIMBOLIK perasmian majlis tersebut.
 ??  ?? RONDAAN SRS bersama pemimpin.
RONDAAN SRS bersama pemimpin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia