Utusan Borneo (Sabah)

KRT Taman Nikmat adakan pertanding­an sepak takraw

-

KOTA BELUD: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Nikmat mengadakan Pertanding­an Sepak Takraw dengan penyertaan yang membanggak­an walaupun ia pertama kalinya diadakan di KRT itu, di sini.

Pengerusi KRT Taman Nikmat Mahamudin Bin Hj Mohd. Onon berkata, ahliahli rasa teruja kerana berjaya menjadikan sukan itu serbagai aktiviti sukan tambahan dalam komuniti.

‘Adalah menjadi keutamaan agar ahli komuniti sentiasa bergiat aktif untuk mengekalka­n tahap kesihatan yang terbaik,”katanya.

Katanya, penyertaan yang memberangs­angkan itu menunjukka­n betapa sukan ini masih lagi mendapat tempat di hati rakyat khususnya di dalam KRT Taman Nikmat.

Antara pasukan yang

ANTARA pasukan yang mengambil bahagian.

bertanding ialah Pasukan Berapi, Avangers, All Killer, Guntur Alam,Tengkabala­n dan Kaki Besi.

Oleh itu, pertanding­an ini akan dijadikan acara tahunan di KRT Taman Nikmat untuk warga di taman berkenaan.

Hadiah pertanding­an disampaika­n oleh Pengerusi KRT Taman Nikmat kepada juara yang disandang oleh pasukan Berapi, tempat kedua pasukan Avangers dan ketiga pula pasukan All Killer.

Turut hadir Pengurus Sukan Sepak Takraw KRT Taman Nikmat Ustaz Abdul Jabar Bin Ahmad Jaid, Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat Asran Bin Hj. Suin, Bendahari Rahim Bin Sahali dan peserta peserta pertanding­an.

 ??  ??
 ??  ?? MAHAMUDIN menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
MAHAMUDIN menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia