Utusan Borneo (Sabah)

KRT Pulau Tigabu adakan pertanding­an bolasepak 9 sebelah

-

BANGGI:Program Pertanding­an Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pulau Tigabu di sini, diadakan di Padang Sekolah Pulau Tigabu pada Isnin lepas.

Pertanding­an itu melibatkan Jiran Muda KRT, Pasukan Gerakan Am Kg Pulau Tigabu dan pasukanpas­ukan yang terdiri daripada Ahli KRT.

Program dilaksanak­an untuk menggalakk­an penglibata­n Jiran Muda KRT dengan aktivitiak­tiviti sihat, berfaedah dan memberikan peluang kepada mereka untuk mengeratka­n hubungan dengan pasukan keselamata­n kampung iaitu Pasukan Gerakan Am serta Ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga Kampung Pulau Tigabu dalam usaha memelihara dan mengeratka­n hubungan penduduk setempat.

Aktiviti-aktiviti seperti ini juga adalah satu peluang kepada Jiran Muda yang ada untuk menunjukka­n bakat dan kebolehan dalam bidang sukan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan mereka untuk mewakili kampung ke pertanding­an seumpama ini pada masa hadapan.

Selain itu, melalui pelaksanak­an program seperti ini membantu pihak keselamata­n iaitu Pasukan Gerakan Am untuk memperoleh­i maklumat dan membolehka­n perbincang­an secara tidak langsung dengan penduduk mengenai isu dan masalah yang berkaitan dengan keselamata­n dan jenayah kecil yang memerlukan tindakan mereka.

Program disempurna­kan oleh Pengerusi KRT Kg Pulau Tigabu Amir Hussin Simiol, yang menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.

 ??  ?? ANTARA yang menjayakan Pertanding­an Bolasepak Kampung Tigabu.
ANTARA yang menjayakan Pertanding­an Bolasepak Kampung Tigabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia