Utusan Borneo (Sabah)

Lonjakkan Labuan menerusi BIMP-EAGA

Termasuk sebagai Taman Botani bertaraf antarabang­sa

-

LABUAN: Wilayah Persekutua­n Labuan berpotensi untuk dimajukan sebagai Pulau Taman Botani bertaraf antarabang­sa sekaligus melonjakka­n lagi industri eko-pelanconga­n di pulau bebas cukai itu.

Pengerusi Kebangsaan Majlis Perniagaan Kawasan Pembanguna­n Asean Timur (BIMP-EAGA) Datuk Roselan Johar Mohamed berkata, Labuan yang sudahpun dikenali sebagai pulau pelanconga­n di rantau Borneo perlu dilonjakka­n lagi dengan menambah nilai produk pelanconga­n yang mampu menggamit setiap pengunjung yang tiba di wilayah ini.

“Salah satu yang boleh dilakukan di Labuan ialah menjadikan Labuan sebagai Taman Botani bertaraf antarabang­sa.

“Kita mahu Labuan menjadi sebuah Pulau Taman Botani yang dipenuhi dengan pelbagai jenis flora dan fauna dari seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan pelantikan Majlis Perniagaan BIMP-

MOHD Alias (kanan), Harris (dua kanan) dan Geoffrey (kiri) bersama Rozman (empat kanan) dan Azhar (tiga kiri) menghadiri Majlis Makan Malam BIMP-EAGA (BEBC) Bahagian Labuan.

EAGA (BEBC) Bahagian Labuan yang diadakan di Hotel Tiara, baru-baru ini.

Roselan berkata ramai pelancong datang ke Hong Kong kerana Disney World, Macau terkenal dengan kasino dan kita jadikan Labuan terkenal dengan botani.

Pada majlis itu, Pengerusi BEBC Labuan, Azhar Othman menyampaik­an watikah pelantikan anggota Majlis Perniagaan BIMPEAGA (BEBC) Kawasan Labuan kepada Debbie Chin (Kluster Pengangkut­an), Dr Zamhar Iswandono Awang Ismail (Kluster Teknologi Maklumat), Jerry Teo (Kluster Pelanconga­n), Choy Kim Lee (Kluster Alam Sekitar) dan Irwin Mohamad Daut Ker (Kluster Pendidikan).

Roselan berkata, BIMPEAGA akan terus memberi tumpuan dalam memajukan pembanguna­n pelanconga­n di Wilayah Persekutua­n Labuan, Sabah dan Sarawak.

“Saya meminta DewanDewan Perniagaan yang ada di Labuan dapat memainkan peranan dan berkongsi pendapat dalam membangunk­an Labuan sebagai lokasi tarikan pelancong tempatan dan antarabang­sa,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli ketika berucap berkata, BEBC merupakan platform terbaik bagi menggalakk­an golongan

Salah satu yang boleh dilakukan di Labuan ialah menjadikan Labuan sebagai Taman Botani bertaraf antarabang­sa. Kita mahu Labuan menjadi sebuah Pulau Taman Botani yang dipenuhi dengan pelbagai jenis flora dan fauna dari seluruh dunia.

DATUK ROSELAN JOHAR MOHAMED

peniaga memainkan peranan dalam melonjakka­n nama Labuan di persada dunia perniagaan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA, Sabah Carl Moosom, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Labuan Datuk Dhalif Singh, Pengerusi Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) Dato’ Sri Mohd Alias Abdul Rahman dan Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Malaysia, Bahagian Labuan Wan Rahim Wan Abd. Rahman.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base (ASB) Datuk Harris Anuar Tan, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan Prof Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal dan Ketua Kluster Pelanconga­n BEBC Sarawak Fiona Marcus Raja.

Pengerusi Kebangsaan Majlis Perniagaan Kawasan Pembanguna­n Asean Timur (BIMP-EAGA)

 ??  ?? ROZMAN (tengah), Roselan (kiri) dan Azhar bersama anggota Majlis Perniagaan BIMPEAGA (BEBC) Kawasan Labuan.
ROZMAN (tengah), Roselan (kiri) dan Azhar bersama anggota Majlis Perniagaan BIMPEAGA (BEBC) Kawasan Labuan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia