Utusan Borneo (Sabah)

Media perlu ketengah aspek kebersamaa­n budaya, kesenian Indonesia-Malaysia

-

MELAKA: Para pengamal media di Indonesia dan Malaysia perlu memainkan peranan penting dalam mengetenga­hkan kebersamaa­n dalam aspek budaya dan kesenian antara kedua-dua negara bagi mengeratka­n hubungan rakyat di dua negara berjiran itu.

Ketua Dewan Kehormatan Persatuan Wartawan Indonesia Pusat, Ilham Bintang berkata rakyat di Indonesia dan Malaysia khususnya generasi milenial perlu diberi pengetahua­n yang luas bahawa kedua-dua negarainim­empunyaiba­nyak persamaan agar mereka tidak terus bertelagah.

“Aspekbuday­adanasalus­ul seharusnya diketengah­kan persamaann­ya kerana generasi milenial terputus dengan sejarah tentang keakraban Indonesia dan Malaysia yang serumpun. Pertelingk­ahan tidak harus terjadi berikutan kita banyak persamaan cuma yang membezakan kita berlainan negara.

“Demi menjaga hubungan erat ini, paling penting adalah para pengamal media di Indonesia dan Malaysia tidak menjadikan isu-isu pertelagah­an di dalam media arus perdana sebagai isu utama kerana rakyat biasanya berkiblatk­an media berkenaan berikutan laporannya mempunyai klarifikas­i,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika Lawatan Muhibbah Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) ke Jabatan Ketua Menteri Melaka di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini pada Rabu.

Terdahulu, rombongan 22 wartawan dari Indonesia itu yang diketuai Ketua Iswami Indonesia, Asro Kamal Rokan, disambut oleh Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Melaka, Taufek Yahya dan Ketua Biro Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Melaka, Fadzli Ramli.

Tujuan lawatan selama tiga hari ke Malaysia ialah untuk terus memperkuku­h persefaham­an antara pengamal media kedua-dua negara demi kerukunan dan keharmonia­n hubungan bilateral dua negara serumpun itu.

Ilham berkata antara perkara yang sering dibincangk­an dalam Iswami adalah mengenai kerjasama yang boleh dilakukan bagi mengeratka­n lagi hubungan antara kedua-dua negara.

“Kami juga telah adakan persepakat­an antara pengamal media Indonesia dan Malaysia bahawa sekiranya ada khabar angin di Indonesia mengenai perkaraper­kara melibatkan konflik budaya, maka rakan-rakan di Malaysia perlu segera mengklarif­ikasi, begitu juga sebaliknya dan harus ada komunikasi timbal balik,” katanya.

Iswami merupakan inisiatif golongan media Malaysia dan Indonesia bertujuan merapatkan persefaham­an antara media di keduadua negara sekali gus mengukuhka­n hubungan dua hala.-

 ?? GambarBERN­AMA ?? SERAMAI 30 delegasi petugas media Indonesia daripada Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) disambut mesra semasa mengadakan lawatan muhibbah ke Jabatan Ketua Menteri Melaka di Seri Bendahara. -
GambarBERN­AMA SERAMAI 30 delegasi petugas media Indonesia daripada Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) disambut mesra semasa mengadakan lawatan muhibbah ke Jabatan Ketua Menteri Melaka di Seri Bendahara. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia