Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sanggup berkorban demi keperluan rakyat

Kerajaan Sarawak ambil alih projek bekal air bersih ke kawasan Poyut/Lubok Nibong

-

MARUDI: Demi keperluan penduduk di kawasan luar bandar yang sangat memerlukan bekalan air bersih, Kerajaan Sarawak tidak teragak-agak untuk mengambil alih projek membekalka­n air bersih ke kawasan Poyut/Lubok Nibong dari loji di pekan Marudi.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap Adun Mulu Datuk Gerawat Gala berkata, permohonan untuk projek bekalan air bersih itu sudah diluluskan oleh kerajaan pusat terdahulu dan telah dibuka tendernya pada 2016.

Bagaimanap­un belum sempat projek tersebut bermula, ia telah dibatalkan oleh kerajaan pakatan Harapan (PH) yang mengambil kuasa tampuk pemerintah­an negara pada Mei tahun lalu.

“Tetapi kini, penduduk di kawasan Poyut/Lubok Nibong jangan risau kerana kerajaan negeri sudahpun mengambil alih projek ini dan akan melaksanak­annya secepat mungkin,” katanya.

Gerawat memberitah­u demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah 14 Pintu Rumah Entika 2 di Sungai Poyut A dekat sini baru-baru ini.

Kesemua penghuni baharu 14 pintu itu adalah tambahan (sambungan) kepada rumah panjang sedia ada, sepanjang 35 pintu, menjadikan Rumah Entika kini sepanjang 50 pintu.

Gerawat yang gembira dengan keadaan itu memberitah­u, ia menunjukka­n bahawa masih ramai masyarakat Iban yang tinggal di kawasan luar bandar, masih dapat bekerjasam­a dengan baik dan saling membantu untuk membangun dan memajukan kampung halaman mereka.

“Ini berbeza dengan situasi di rumah panjang Orang Ulu yang semakin berkuranga­n kerana ramai antara mereka sudah berpindah atau berhijrah ke bandar-bandar besar dan meninggalk­an rumah panjang mereka yang hampir kosong,” katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru masyarakat Iban di rumah-rumah panjang supaya kekal bekerjasam­a dan memberi sokongan kepada pemimpin mereka terutama tuai rumah panjang, bagi memastikan rumah panjang mereka tidak ketinggala­n dalam arus pembanguna­n.

Pada majlis yang sama, Gerawat mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM15,000 untuk bangunan serba guna Rumah Entika dan RM28,000 lagi untuk pembinaan tambahan rumah panjang 14 pintu itu iaitu RM2,000 diagihkan kepada setiap bilik.

Hadir sama ialah Pegawai Tadbir Sarawa Reagan Edwin serta ketua masyarakat Penghulu Randi Bundan.

“Tetapi kini, penduduk di kawasan Poyut/ Lubok Nibong jangan risau kerana kerajaan negeri sudahpun mengambil alih projek ini dan akan melaksanak­annya mungkin” secepat DATUK GERAWAT GALA

Adun Mulu

 ??  ?? TUAI Rumah Entika Maoh (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Gerawat sambil disaksikan tetamu lain.
TUAI Rumah Entika Maoh (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Gerawat sambil disaksikan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia