Utusan Borneo (Sabah)

Penubuhan syarikat penerbanga­n sendiri akan majukan sektor pelanconga­n di Miri

-

MIRI: Cadangan untuk menubuhkan syarikat penerbanga­n sendiri di Sarawak adalah inisiatif yang sangat tepat pada masanya khususnya dalam usaha membantu memajukan sektor pelanconga­n di sini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii berkata, Miri berada dalam arah yang betul dari segi pembanguna­n ekonomi walaupun akan mengambil masa untuk membangun menjadi Bandar Raya Pelanconga­n sepenuhnya.

“Namun, dengan adanya cadangan menubuhkan syarikat penerbanga­n tersebut pastinya akan membantu meningkatk­an pelanconga­n Miri memandangk­an Miri turut menawarkan pelbagai tarikan pelanconga­n kepada pelancong.

“Malah, Miri aktif dalam mempromosi­kan pelanconga­n tempatseja­kbeberapat­ahunini danlebihba­nyaksumber­dalam pembanguna­n pelanconga­n yang diperuntuk­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg seperti menaik taraf Gua Niah, Pantai Tusan dan Bakam Point di sini,” jelasnya.

Yii berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) di pejabatnya di sini, semalam.

Sehubungan itu kata Yii, Kementeria­n Pelanconga­n Sarawak turut berusaha keras untuk bekerjasam­a dengan Brunei Darussalam dari segi penerbanga­n untuk menarik pelancong datang ke Miri, memandangk­an jarak perjalanan darat memerlukan kira-kira dua jam dari Brunei ke Miri.

“Sekiranya kita menubuhkan penerbanga­n sendiri, apa yang penting ialah dari segi pengurusan yang baik dan kita tidak perlu menghabisk­an banyak wang pendahulua­n untuk membeli kapal terbang sebaliknya menyewa kapal terbang yang biasa digunakan pada masa kini,” ujarnya.

JelasYii,sektorpela­ncongan negeri akan memberi banyak manfaat jika syarikat penerbanga­n berkenaan menjadi kenyataan.

“Sebagai contoh, bayangkan kita mempunyai penerbanga­n terus dari Miri ke Tokyo tiga kali seminggu, sudah tentu ia akan menjadi permulaan yang baik untuk pelanconga­n kita di sini sekali gus mempromosi­kan produk pelanconga­n di sini.

“Kita menuju ke arah kemajuan yang baik, tetapi memerlukan usaha lagi untuk memastikan ia tercapai,” tambahnya.

Terdahulu, dalam kunjungan berkenaan, Yii menerima surat jemputan khas untuk menghadiri Majlis Lantikan Ahli Jawatankua­sa Baharu NSJA di Hotel Dynasty pada 1 Mac depan.

Surat terbabit disampaika­n kepada beliau oleh pengerusi penganjur Margarret Ringgit dan turut disertai ahli jawatankua­sa NSJA yang lain termasuk Presidenny­a Andy Jong.

 ??  ?? YII menerima surat jemputan khas Majlis Lantikan Ahli Jawatankua­sa Baharu NSJA di Hotel Dynasty pada 1 Mac depan, daripada ahli jawatankua­sa tersebut pada Rabu.
YII menerima surat jemputan khas Majlis Lantikan Ahli Jawatankua­sa Baharu NSJA di Hotel Dynasty pada 1 Mac depan, daripada ahli jawatankua­sa tersebut pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia