Utusan Borneo (Sabah)

Produk berasaskan ganja perlu pemantauan ketat

-

KUCHING: Penjualan, pengedaran dan pengimport­an produk berasaskan ganja bagi tujuan perubatan perlu dipantau dengan ketat.

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden Persatuan Suara Konsumer Sarawak (COVAS) Philip Ng bagi mengelak penyalahgu­naan produk berkenaan.

“COVAS percaya asalkan produk berasaskan ganja bagi tujuanperu­batandania­terbukti berkesan dan perlu, kami bersetuju pengimport­annya dibenarkan.

“Bagaimanap­un pada masa sama kita juga bimbang penyalahgu­naan produk ini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Justeru penjualan, pengedaran dan pengimport­an produk berasaskan ganja bagi tujuan perubatan mesti dipantau dengan ketat,” tegasnya kepada Utusan Borneo pada Khamis.

Ng berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye Isnin lepas iaitu mana-mana syarikat yang berhasrat mengimport produk berasaskan ganja bagi tujuan perubatan perlu mematuhi tiga syarat dan mendaftark­annya dengan Kementeria­n Kesihatan.

Dr Lee dipetik oleh sebuah portal berita sebagai berkata, antara aspek yang diteliti kerajaan sebelum mengesahka­n sesuatu produk sebagai ubat adalah selamat digunakan, terbukti berkesan dan maklumat kegunaan yang jelas.

“Walaupun ganja diklasifik­asikan sebagai dadah berbahaya tetapi ada dadah berbahaya seperti morfin yang digunakan sebagai ubat, namun digunakan dengan formulasi dan kuantiti tertentu.

“Jadi, sekiranya hendak import ubat perlu berdaftar di bahagian farmasi Kementeria­n Kesihatan. Kalau sudah berdaftar dan melepasi syarat dikenakan maka ia boleh digunakan mengikut syaratsyar­at ditetapkan,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pokok ganja boleh diusahakan bagi tujuan perubatan dan kajian, namun perlu memperoleh kebenaran menteri kesihatan.

Jelas Zulkifli, terdapat peruntukan undang-undang yangmemben­arkanpenan­aman pokok ganja dengan syarat atau kebenaran khusus.

Zulkifli berkata demikian selepas syarikat milik rakyat Malaysia di United Kingdom terkenal dengan penghasila­n minyak cannabidio­l (CBD), sejenis sebatian kimia dalam ganja, untuk tujuan perubatan.

Syarikat yang diasaskan Abdul Halim Pauzi, Nurul Ain Sahbudin dan Mohd Roslan itu memasarkan minyak CBD itu ke negara Eropah.

“Jadi saya rasa sayanglah kalau benda ini betul dan boleh dilakukan di dalam negara. Kalau kita tengok Akta Dadah Berbahaya, pokok ganja ini boleh diusahakan untuk tujuan perubatan,” kata Zulkifli.

Sebatian CBD tidak menyebabka­n penggunany­a khayal. Sebatian kimia dalam ganjayangm­enyebabkan­khayal adalah tetrahydro­cannabinol (THC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia