Utusan Borneo (Sabah)

Pusat 3S Volkswagen dilancar di Sabah

Menyedia khidmat jualan dan selepas jualan, termasuk diagnosis, pembaikan dan penyelengg­araan

- Oleh SADDAM EDRIS

INANAM: Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan Kota Bumi Sdn Bhd melancarka­n Pusat 3S Volkswagen Kota Bumi, yang terletak di sini, pada Khamis.

Hub automotif itu dibuka bermatlama­t memberi khidmat kepada pemilik kenderaan Volkswagen di Inanam, Menggatal, Lintas, Kolombong, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sepanggar.

Pusat 3S ini adalah satu-satunya pengedar sah Volkswagen di Sabah, sekaligus menjadikan pusat 3S Volkswagen menjadi 18 buah di seluruh negara.

Pengarah Urusan Kota Bumi Herman Yee berkata, Volkswagen Kota Bumi adalah pusat sehenti buat pemilik kenderaan Volkswagen di Sabah.

Katanya, ia menyediaka­n khidmat jualan dan selepas jualan, termasukla­h diagnosis, pembaikan dan penyelengg­araan.

“Terdiri daripada tiga tingkat, bilik pamerannya mampu mempamerka­n dua unit kereta, manakala kawasan selepas jualan mempunyai empat ruang servis yang dikendalik­an oleh tiga orang kakitangan selepasjua­lanberpeng­alaman serta boleh menyelengg­ara sehingga 16 buah kereta sehari.

Selain itu, perkhidmat­an lain yang ditawarkan termasukla­h insurans, tukar beli kenderaan, memperbaha­rui cukai jalan, pembaikan enjin dan bantuan tepi jalan 24 jam,” katanya pada majlis pelancaran Pusat 3S Volkswagen Kota Bumi, di sini.

Tambahnya, bagi memberi perkhidmat­an tambahan, pusat servis itu juga menyediaka­n servis ambil dan hantar (bergantung kepada permintaan) serta membasuh kereta secara percuma.

Ketua Pengedar Kota Bumi Sdn. Bhd, Carlwin Yee pula berkata, pihaknya komited untuk memastikan pengalaman pemilikan yang positif dalam kalangan pelanggan Volkswagen di Sabah.

“Kami bermula sebagai sebuah pusat servis 2S. Memandangk­an permintaan ke atas kenderaan Volkswagen semakin meningkat, kami ingin merebut peluang itu dengan mengembang dan membina jenama Volkswagen di rantau ini.

“Kamijugate­lahberpind­ah ke lokasi baharu yang lebih strategik untuk memenuhi keperluan ini dan memberi perkhidmat­an lebih baik kepada para pelanggan sedia ada kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan VPCM Erik Winter berkata, usaha memastikan pengalaman pemilikan yang menyeronok­kan adalah menjadi keutamaan pihaknya dan kunci kepada perkara ini adalah kepuasan pelanggan.

“Kami percaya ia hanya boleh dicapai menerusi sokongan padu daripada rakan-rakan pengedar. Jadi, saya ingin mengucapka­n tahniah kepada Kota Bumi atas komitmen mereka membinajen­amaVolkswa­gen di Sabah,” katanya.

Pusat 3S Volkswagen Kota Bumi beroperasi dari Isnin hingga Sabtu bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan akan ditutup pada hari Ahad.

Maklumat lanjut boleh melayari laman web www. volkswagen.com.my.

Terdahulu, hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Kota Bumi Herman Yee.

 ??  ?? KELIHATAN (bermula tiga dari kiri) Carlwin, Eric, Herman bersama beberapa pembeli kereta Volkswagen memotong reben sempena pelancaran pusat 3S Volkswagen Kota Bumi yang pertama di Sabah.
KELIHATAN (bermula tiga dari kiri) Carlwin, Eric, Herman bersama beberapa pembeli kereta Volkswagen memotong reben sempena pelancaran pusat 3S Volkswagen Kota Bumi yang pertama di Sabah.
 ??  ?? (Bermula dua dari kiri) HERMAN, Erik, Carlwin merakam gambar kenangan bersama dengan pembeli kereta Volkswagen pada upacara penyerahan kunci kereta.
(Bermula dua dari kiri) HERMAN, Erik, Carlwin merakam gambar kenangan bersama dengan pembeli kereta Volkswagen pada upacara penyerahan kunci kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia