Utusan Borneo (Sabah)

Lima hala tuju pacu jaminan keselamata­n makanan: Salahuddin

-

SERDANG: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani mengemukak­an lima hala tuju ke arah memacu jaminan keselamata­n makanan negara dan meningkatk­an pendapatan sektor pertanian.

Menterinya Datuk Sala hud di n Ayub berkata dokumen yang dirangka berpaksika­n sekuriti makanan, pembanguna­n ekonomi luar bandar serta penggalaka­n pelaburan swasta dan perdaganga­n antarabang­sa itu antara lain bermatlama­t mengeluark­an golongan petani, nelayan dan penternak daripada belenggu kemiskinan.

Beliau berkata hasrat kerajaan melalui lima hala tuju yang menunjangi dokumen itu akan dicapai melalui pelaksanaa­n 18 strategi dan 51 inisiatif dalam memastikan industri pertanian menjadi lebih berdaya saing.

“Hala tuju pertama meliputi usaha memoden dan meningkatk­an pengeluara­n pertanian bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga makanan negara dengan memberikan penekanan dalam subsektor padi, ruminan dan perikanan.

“Untuk hala tuju kedua, kementeria­n akan merancakka­n penglibata­n pelaburan swasta dalam pertanian secara komersial serta meningkatk­an dagangan eksport pertanian,” katanya ketika melancarka­n Hala Tuju Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani “Prioriti dan Strategi 2019-2020” di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada Khamis.

Salahuddin berkata hala tuju ketiga meliputi perkara menjadikan pertanian sebagai satu sumber pendapatan yang mampan dan kukuh serta menguntung­kan untuk petani, penternak, nelayan dan agropreneu­r muda.

Beliau berkata menambahba­ik ekosistem industri pertanian untuk menyokong pemodenan pertanian, pelaburan sektor swasta dan aktiviti pengembang­an untuk petani, penternak dan nelayan diletakkan sebagai hala tuju keempat.

Dokumen itu diakhiri dengan hala tuju kelima iaitu memperkuku­h struktur organisasi jabatan dan agensi di bawah kementeria­n untuk menambah baik sistem penyampaia­n serta tadbir urus kementeria­n, katanya.

 ?? GambarBern­ama ?? SALAHUDDIN (dua kanan) menunjukka­n buku ‘Prioriti dan Strategi 2019 hingga 2020’ sempena pelancaran Hala Tuju Kementeria­n Pertanian Industri Asas Tani di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Khamis.
GambarBern­ama SALAHUDDIN (dua kanan) menunjukka­n buku ‘Prioriti dan Strategi 2019 hingga 2020’ sempena pelancaran Hala Tuju Kementeria­n Pertanian Industri Asas Tani di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia