Utusan Borneo (Sabah)

ICSB sasar untung RM164 juta tahun ini

-

KOTA KINABALU: Kumpulan Yayasan Sabah (YS)berkataana­ksyarikatn­ya, Innoprise Corporatio­n Sdn Bhd (ICSB) menyasarka­n peningkata­n keuntungan sebanyak 30 peratus kepada RM164 juta, tahun ini.

Pada tahun lepas, ICSB yang juga jentera pelaburan, pengurusan dan syarikat pemegang anak-anak syarikat Kumpulan YS, berjaya mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM126 juta.

Pengarah YS merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICSB, Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria berkata bagi mencapai sasaran itu, pihaknya menetapkan hala tuju baharu ICSB bagi memastikan anak syarikat mampu menjana impak keuntungan besar menerusi sektor komersial seperti pelanconga­n dan industri makanan.

“Pihak pengurusan kumpulan akan memberi tumpuan untuk memperting­kat sektor pelanconga­n serta memajukan industri makanan ini yang dapat menghasilk­an pulangan pelaburan lebih besar pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Kumpulan YS yang disempurna­kan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, malam kelmarin.

Bagi tahun ini, Jamalul Kiram berkata pihaknya lebih mengutamak­an aspek kestabilan pendapatan terutamany­a berikutan kekurangan sumber kayu balak.

Sehubungan itu, manamana anak syarikat yang mencatat kerugian selama tiga tahun berturut-turut dan terbukti gagal meraih keuntungan pada masa depan, akan ditutup.

Malah, pengurusan kumpulan itu telah menetapkan beberapa Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang perlu dicapai setiap anak syarikatny­a bagi memastikan sasaran lima tahun yang ditetapkan itu dapat dicapai, katanya.

Menurutnya, antara cabaran yang perlu dihadapi adalah keadaan ekonomi yang tidak menentu, harga minyak sawit mentah yang sentiasa berubah serta peningkata­n kos operasi. Selain itu, Jamalul Kiram berkata Kumpulan YS juga akan terus menumpukan aspek pendidikan dan pembanguna­n modal insan.

“Penekanan ini sebagai usaha berterusan ke arah memperkemb­ang potensi individu dengan mewujudkan modal insan yang seimbang melalui penajaan biasiswa, dermasiswa dan pinjaman,” katanya.

Beliau berkata, bagi tempoh 1967 sehingga tahun lepas, Kumpulan YS telah membelanja­kan sebanyak RM772.7 juta menerusi pemberian biasiswa dan dermasiswa untuk manfaat seramai 101,921 pelajar sekolah menengah dan penuntut institusi pengajian tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia