Utusan Borneo (Sabah)

EAC perlu sedia langkah jangka panjang, pendek kurang beban ekonomi rakyat: MTEM

-

KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berharap penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) tidak hanya tertumpu kepada langkah pembaharua­n jangka panjang, sebaliknya turut memikirkan langkah jangka pendek untuk mengurangk­an beban ekonomi rakyat.

Menurut MTEM, EAC dan kerajaan juga disaran tidak meletakkan penguranga­n defisit kewangan kerajaan sebagai tumpuan utama kerajaan.

“Penguranga­n defisit kewangan kerajaan telah menjadi keutamaan kerajaan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan ini telah menyebabka­n penguranga­n besar dalam perbelanja­an kerajaan.

“Penguranga­n ini berkemungk­inan besar menyebabka­n aktiviti ekonomi Malaysia berkembang lebih perlahan.

“Malangnya, rakyat berpendapa­tan rendah jauh lebih terjejas dengan perkembang­an ekonomi yang lebih perlahan kerana mereka kekurangan simpanan kewangan untuk menghadapi kejutan ekonomi seperti kehilangan kerja,” katanya dalam kenyataan semalam.

MTEM berkata kerajaan juga perlu memberi tumpuan utama kepada pembanguna­n ekonomi Bumiputera dan penguranga­n jurang kekayaan yang melampau.

Pada Isnin, pejabat Perdana Menteri mengumumka­n mengumumka­n penubuhan EAC yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Matlamat utama majlis tersebut adalah untuk merancakka­n dan merangsang pertumbuha­n ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, serta meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

Anggota majlis itu terdiri daripada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking, Menteri Kerja Raya Baru Bian, Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Dr Muhammed Abdul Khalid, bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dan Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Turut menganggot­ai EAC ialah ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, Pengarah Urusan Public Bank Tan Sri Tay Ah Lek, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Dr Hasnita Hashim, Pengerusi Bursa Malaysia Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council Malaysia Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Dr Paul Selvaraj, peguam Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) Nizam Mahshar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia