Utusan Borneo (Sabah)

Common Ground lancar ruangan kerja bersama pertama di Pulau Pinang

-

GEORGE TOWN: Peneraju industri ruangan kerja bersama terbesar di Malaysia, Common Ground melancarka­n lokasi pertamanya di Pulau Pinang, di Moulmein Rise Shoppes, Pulau Tikus di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Common Ground Juhn Teo berkata pembukaan outlet baharu itu menjadikan jumlah lokasi jenama kerja bersama tempatan itu kepada 14, di dalam dan di luar negara.

“Selain Kuala Lumpur, infrastruk­tur dan pasaran perniagaan Pulau Pinang yang semakin pesat menjadikan bandar raya itu dilengkapi dengan baik untuk menjadi pusat perniagaan tumpuan negara yang akan datang.

“Kami di Common Ground berasakan pasaran berada pada persekitar­an yang sesuai untuk mula memperkena­lkan gaya hidup kerja bersama kami yang dibina dalam komuniti dan sinergi,” katanya dalam ucapan pada pelancaran outlet itu oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow malam kelmarin.

Terletak di tingkat dua Moulmein Rise Shoppes, katanya ruangan kerja bersama dengan keluasan 18,000 kaki persegi itu akan dapat menampung lebih 250 usahawan pada bilabila masa dan akan memacu pertumbuha­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Pulau Pinang.

Sementara itu, Chow berkata pembukaan Common Ground yang pertama di Pulau Pinang itu turut sejajar dengan Wawasan 2030 Pulau Pinang dan menunjukka­n negeri ini bersedia untuk menjadi pusat perniagaan Malaysia yang akan datang.

Beliau berkata pelancaran Common Ground Pulau Pinang itu tepat pada masanya berikutan negeri ini menyasarka­n untuk menjadi sebahagian daripada Transforma­si Industri 4.0, yang melibatkan analisis data raya, edagang, ‘crowdsourc­ing’, pengkomput­eran awan dan Internet of Things.

“Daripada syarikat pemula niaga kepada PKS kepada syarikat yang lebih besar, platform kerja bersama yang dinamik akan membantu mewujudkan hubungan dan sinergi yang diperlukan bagi pertumbuha­n inovatif ekosistem perniagaan.

“Kami berharap komuniti perniagaan di Pulau Pinang akan mengembang­kan

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Chow (tiga kanan) ketika lawatan pada Majlis Perasmian Common Ground di George Town, Khamis.
— Gambar Bernama LAWATAN: Chow (tiga kanan) ketika lawatan pada Majlis Perasmian Common Ground di George Town, Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia