Utusan Borneo (Sabah)

ASRAMA TAHFIZ TERBAKAR

Semua 41 pelajar perempuan selamat

-

Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

TUARAN: Seramai 41 pelajar perempuan terselamat selepas asrama tahfiz Tarbiyatun Nisa di Jalan Marabahai Tambalang di sini, terbakar seawal jam 6.50 pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Abdul Qawie Abdul Gapar berkata sembilan anggota digerakkan untuk menjalanka­n operasi pemadaman sebaik panggilan kecemasan diterima jam 6.58 pagi.

“Kejadian membabitka­n sebuah bangunan asrama dua tingkat jenis separuh kekal seluas 40X40 kaki persegi.

“Anggota bomba yang tiba melakukan pemadaman menggunaka­n sumber air dari jentera bomba dan berjaya mengawal api jam 7.38 pagi.

“Kita juga menjalanka­n pemeriksaa­n menyeluruh di lokasi serta kawasan terbakar bagi memastikan keadaan adalah selamat dari semua aspek,” katanya.

Abdul Qawie berkata kesemua 41 pelajar perempuan berjaya keluar dari kawasan asrama semasa kebakaran berlaku dan tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini.

Tambahnya operasi keseluruha­n ditamatkan jam 8.38 pagi kemudian.

Sementara itu dalam laman sosial Facebook Tarbiyatun Nisa mengatakan kesemua pelajar serta warga pondok pengajian muslimah itu terselamat dan berada dalam keadaan baik.

Status yang dimuat naik itu mengatakan semasa kejadian kesemua pelajar baharu menghabisk­an kuliah dan memandangk­an warga Tarbiyatun Nisa berpuasa Khamis maka tiada aktiviti yang dijalankan di bahagian dapur.

Kejadian didakwa berlaku apabila api dikesan bermula di bahagian bilik tidur pelajar dan dalam masa sama warga Tarbiyatun Nisa juga bersyukur kerana tiada perkara buruk menimpa mereka sepanjang kejadian.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba menjalanka­n pemadaman kebakaran di bangunan asrama tahfiz Tarbiyatun Nisa.
ANGGOTA bomba menjalanka­n pemadaman kebakaran di bangunan asrama tahfiz Tarbiyatun Nisa.
 ??  ?? PELAJAR berkumpul selepas menyelamat­kan diri dari kebakaran itu.
PELAJAR berkumpul selepas menyelamat­kan diri dari kebakaran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia