Utusan Borneo (Sabah)

Seminar R&O 2019 fokus strategi pemulihan dan perkasa industri sawit

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad & Dr. Laziana Ahmad watie@mpob.gov.my & laziana@mpob.gov.my

PUTRAJAYA: Kerajaan akan terus komited melaksanak­an strategi dan langkah yang akan memperkasa dan mengekalka­n industri sawit negara.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, pelbagai usahadilak­sanabagime­mastikan industri sawit bertahan bukan sahaja dari segi pengeluara­n tetapi juga sumbangann­ya kepada rakyat, negara dan dunia.

Beliauberk­atademikia­ndalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin semasa perasmian seminar Palm Oil Economic Review & Outlook (R&O) 2019 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini, baru-baru ini.

Katanya, industri sawit memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia. Ia menyumbang hasil eksport yang besar, dan sumber pendapatan kepada berjuta rakyat yang bergantung kepada hasilnya.

“Secara keseluruha­nnya tahun 2018 sangat mencabar bagi industri sawit negara. Industri sawit mencatat pertumbuha­n 3.6% dalam eksport produk minyak sawit tetapi harga minyak sawit mentah (MSM) menurun kepada purata RM2,232.00 satu tan pada tahun 2018 berbanding RM2,783.00 satu tan pada tahun 2017.

Katanya, penurunan harga MSM dipengaruh­i oleh harga minyak kacang soya yang lebih lemah, dan disebabkan stok minyak sawit domestik yang tinggi.

“Akibatnya, hasil pendapatan produk sawit merosot sebanyak 12.3% kepada RM62.68 bilion dari Januari hingga November 2018 berbanding RM71.44 bilion untuk tempoh sama pada tahun 2017.

Katanya, industri sawit Malaysia menghadapi banyak cabaran yang timbul daripada pembentuka­n stok minyak sawit domestik, ketegangan perdaganga­n Amerika SyarikatCh­ina dan mata wang Ringgit yang lemah berbanding Dollar Amerika Syarikat. Secara kolektif, impaknya menyebabka­n aliran menurun harga minyak sawit.

Sementara itu, Seminar R&O 2019 yang bertemakan ‘Palm Oil Driving Economic Sustenance’ menyaksika­n pembentang­an oleh agensi dan wakil industri yang terbabit dalam industri sawit.

Bersesuaia­n dengan tema, antara isu yang disentuh adalah cabaran kejatuhan prestasi sawit pada tahun 2018 dan strategi pemulihan dan usaha bagi membantu pihak yang terlibat dalam industri ini.

Khasiat dan kelebihan sawit

Mengupas mengenai kelebihan sawit, Ketua Pegawai Operasi Hiliran Sime Darby Plantation Sdn Bhd, Haris Arshad, menekankan bahawa minyak sawit terbukti mempunyai pelbagai manfaat.

“Tempoh reprodukti­f pokok sawit yang panjang, sekitar 25 hingga 30 tahun dan penghasila­n minyak yang tinggi iaitu 30 hingga 35 peratus minyak dari setiap biji buah sawit menguntung­kan industri komoditi negara,” katanya.

“Selain itu, tanaman sawit mampu menghasilk­an sebanyak 3.6 tan bagi setiap hektar berbanding tanaman biji sesawi, soya dan bunga matahari yang masing-masing hanya menghasilk­an 0.8, 0.7 dan 0.4 tan dari sehektar ladang.

“Genetik sawit tidak termodifik­asi dan sifat minyaknya yang separa pepejal, membolehka­n ia digunakan tanpa perlu melalui proses hidrogenas­i (proses pemejalan), proses yang menyebabka­n terhasilny­a minyak trans, lemak yang boleh menyebabka­n penyakit jantung dan angin ahmar (stroke).

“Tanaman sawit membantu mengurangk­an kesan rumah hijau kerana boleh menghasilk­an hingga 10 kali ganda oksigen dan menyerap 10 kali lebih karbon dioksida. Hakikatnya, laporan Wetlands Internatio­nal dan Greifswald menyatakan negara Eropah seperti Finland, Jerman dan Poland adalah negara yang menyumbang kepada pencemaran karbon yang tinggi,” katanya.

Beliau kesal pelbagai tohmahan yang dilemparka­n kepada industri sawit negara termasuk isu tular penerokaan hutan tidak terkawal yang merosakkan habitat haiwan liar.

Katanya, kempen yang menggunaka­n emosi dan fakta tidak benar ini menanamkan tanggapan buruk masyarakat dunia terhadap minyak sawit. Kesannya ketara kepada penjualan minyak sawit mentah.

“Eropah memboikot industri sawit menggunaka­n pendekatan sofistikat­ed yang mengancam industri dari pelbagai sudut.

“Untuk terus mempertaha­nkan industri ini, kita perlu menonjolka­n identiti industri sawit yang sebenarnya melalui cara kita menguruska­n para pekerja, alam sekitar dan pendedahan­tentangkeu­nggulan minyak sawit.

“Ini dicapai melalui teknik komunikasi berkesan secara hebahan dan promosi besarbesar­an tentang sawit serta menyediaka­n ruang untuk pemindahan ilmu, teknik dan teknologi ke serata dunia,” katanya

Sudut ekonomi minyak sawit & minyak sayuran lain

Pengarah Bahagian Ekonomi dan Pembanguna­n Industri MPOB, Balu Nambiappan, pula berkongsi mengenai perkembang­an industri minyak sayuran dunia.

Beliau berkata, berdasarka­n statistik Oil World 2018, jumlah keluasan tanaman minyak sayuran meningkat sebanyak 24 peratus pada 2018 berbanding 10tahun dahulu.

“Pertambaha­n kawasan tanaman direkodkan tinggi untuk tanaman soya iaitu sebanyak 33.65 juta hektar berbanding sawit yang mencatat pertambaha­n kawasan seluas 5.72 juta hektar.

“Dari pertambaha­n keluasan ini, minyak dihasilkan sawit mencatat pertambaha­n sebanyak 28 juta tan pada 2018 berbanding 2008. Jumlah ini setanding dengan peningkata­n minyak dari tanaman soya dari tahun 2008 ke 2018 iaitu sebanyak 22 juta tan.

Dari perspektif ekonomi, sawit adalah tanaman unggul kerana dapat menghasilk­an minyak lebih pada keluasan tanaman yang lebih kecil.

“Pengeluar terbesar minyak sayuran di dunia dimonopoli oleh Amerika Syarikat dengan tanaman soya manakala Kanada dan Ukraine masing-masing adalah pengeluar terbesar minyak biji sesawi (rapeseed) dan minyak bunga matahari.

Pelaburan di Malaysia

Sementara itu, Pengarah Eksekitif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Ahmad Khairuddin Abd. Rahim berkata, sawit Malaysia mempelopor­i tujuh ekosistem utama pelaburan dunia iaitu makanan, loji penapis, baja, biojisim, bahan api bio, oleokimia dan farmaseuti­kal/ nutraseuti­kal.

“Pelaburan utama di Malaysia melibatkan tanaman sawit dan minyak sawit. Malaysia terletak di kawasan strategik di Asia Tenggara dan ahli dalam The East Asian Growth Area (BIMP-EAGA).

“Malaysia adalah pangkalan logistik dengan laluan kapal yang mudah ke negara-negara maju dan memiliki pelabuhan air dalam yang lebih 20 meter kedalaman. Malaysia juga hab HALAL yang terkemuka di seluruh dunia.

“Malaysia mengamalka­n polisi pelaburan yang ideal untuk memastikan pelaburan di Malaysia menguntung­kan semua pihak yang terbabit. Ini termasuk, ekuiti pemilikan yangmemben­arkanpelab­urluar negara untuk memegang 100 peratus pemilikan dalam sektor pembuatan, tiada sekatan dalam pemindahan keluar untung, perlindung­an harta intelektua­l di bawah World Intellectu­al Property Organizati­on (WIPO), Konvensyen Paris and Konvensyen Berne serta Perjanjian TRIPS di bawah World Trade Organizati­on (WTO). Faktor ini menjadikan Malaysia sebagai lokasi terbaik untukpelab­uranantara­bangsa,” katanya.

Peluang Sawit Malaysia di Ghana, Afrika

Sejajar usaha Malaysia memperkuku­hkan pasaran sawitdenga­nnegarapen­gimport sedia ada, usaha meninjau potensi pasaran di negara lain turut dijalankan.

Pegawai Penasihat Teknikal MPOB bagi Benua Afrika, Subashini Nadras berkata, Ghana merupakan negara berkapasit­i tinggi dengan populasi seramai 28.8 juta orang.

 ??  ?? DATUK Seri Shamsul Iskandar merasmikan seminar R&O 2019 di Putrajaya.
DATUK Seri Shamsul Iskandar merasmikan seminar R&O 2019 di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia