Utusan Borneo (Sabah)

KSU baharu MPI lawat MPOB

- Oleh Noor Asmawati Abd Samad watie@mpob.gov.my

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementeria­n Industri Utama (MPI) yang baharu, Datuk Dr Tan Yew Chong mengadakan lawatan kerja rasmi pertama ke Ibu Pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi mengetahui peranan dan fungsi institusi berkenaan disamping sumbangan dan strategi yang dilaksanak­an bagi meningkatk­an daya saing industri sawit negara.

Lawatan beliau ke MPOB disambut dan diberi taklimat oleh Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Beliau turut meluangkan masamengun­jungiGaler­iSawit MPOB bagi mendapatka­n maklumat lebih terperinci mengenai teknologi dan produk hasil penyelidik­an MPOB.

Tan melapor diri sebagai Ketua Setiausaha baharu Kementeria­n Industri Utama (MPI) bagi menggantik­an Datuk Zurinah Pawanteh yang berpindah ke Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) berkuat kuasa 7 Januari lalu.

Sebelum menjawat Ketua Setiausaha MPI, beliau berkhimat sebagai Ketua Setiausaha di KATS sejak Julai 2018.

Tan memulakan kerjaya dalam perkhidmat­an awam sejak 1995 di Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatanse­belumberkh­idmat di Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) pada tahun 1999 dan Kementeria­n Dalam Negeri pada tahun sama.

Pada tahun 2004 beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) sebelum menyambung pengajian peringkat doctor falsafah di Monash University, Australia pada tahun 2008 hingga 2011.

Beliau kemudianny­a menyambung perkhidmat­an di MPIC sebagai Setiausaha Bahagian Perancanga­n Strategik dan Antarabang­sa sebelum berpindah ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n II) Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) pada tahun 2013.

Beliau kemudianny­a dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Air & Pengurusan) di Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pada tahun 2016.

 ??  ?? DR. Tan diberi penerangan mengenai perkembang­an industri sawit oleh Dr Kushairi ketika lawatan ke Galeri Sawit di Ibu Pejabat MPOB.
DR. Tan diberi penerangan mengenai perkembang­an industri sawit oleh Dr Kushairi ketika lawatan ke Galeri Sawit di Ibu Pejabat MPOB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia