Utusan Borneo (Sabah)

2018 tahun mencabar, 2019 tahun harapan industri sawit

- Oleh Norfadilah Hashim & Noor Asmawati Abd Samad dila@mpob.gov.my & watie@mpob.gov.my

PUTRAJAYA: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka akan lebih kukuh pada tahun 2019 berikutan penggunaan biodiesel sawit B10 oleh Malaysia dan B20 oleh Indonesia. Harga diunjur akan mencecah sekitar RM2,700 satu tan tahun hadapan berbanding RM2,232 pada tahun 2018.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Kushairi Din berkata, anggaran penggunaan metil ester sawit sebanyak 761,000 tan untuk program biodiesel B10bagisek­torpengang­kutan bermula bulan ini dan B7 bagi sektor industri pada Julai depan akan mengurangk­an stok domestik MSM.

Katanya, peningkata­n harga MSM juga didorong oleh faktor nilai Ringgit yang lemah berbanding Dollar Amerika Syarikat akan menggalakk­an permintaan minyak sawit yang lebih tinggi.

“Pengeluara­n MSM pada tahun 2019 diunjur pada 20.3 juta tan meningkat sebanyak 4 peratus berbanding 19.52 juta tan tahun lalu didorong keadaan cuaca yang baik serta peningkata­n kawasan tanaman sawit matang.

“Eksport minyak sawit juga diunjur meningkat 4.3 peratus kepada 17.2 juta tan tahun 2019 berbanding 16.49 juta tan pada 2018 disebabkan permintaan lebih kukuh daripada pasaran utama,” katanya ketika membentang kertas kerja di Seminar Palm Oil Economic Review and Outlook (R&O) 2019, di sini baru-baru ini.

Katanya, pendapatan eksport pada 2019 juga dijangka meningkat kepada RM75 bilion, naik 10.7 peratus berbanding RM67.74 bilion yang diperoleh pada 2018 berikutan jumlah eksport sawit yang lebih tinggi.

Sementara itu, beliau yang turut membentang­kan prestasi tahun lalu berkata, 2018 adalah tahun mencabar bagi industri sawit Malaysia ekoran prestasi harga sawit merosot yang mengurangk­an pendapatan melalui eksport sebanyak RM67.74 bilion.

Katanya, isu penurunan harga minyak sawit mentah (MSM) dan juga harga buah tandan segar (BTS) merupakan isu yang hangat diperkatak­an pihak industri dan pekebun kecil sawit pada tahun 2018 kerana ia menjejaska­n pendapatan penanam sawit dan pekebun kecil.

“Harga purata tahunan minyak sawit mentah (MSM) merosot kepada RM2,232.50 satu tan tahun 2018 berbanding RM2,783 satu tan pada tahun 2017 berikutan peningkata­n ketara stok minyak sawit mentah (MSM) dan kesan kelemahan harga minyak sayuran di pasaran antarabang­sa.

Pengeluara­n MSM merosot sebanyak 2.0 peratus kepada 19.52 juta tan berbanding 19.92 juta tan pada 2017 disebabkan oleh penguranga­n jumlah buah tandan segar (BTS) yang diproses sebanyak 3.2 peratus.

Berkaitan keluasan tanaman sawit, Dr Kushairi berkata, berlaku peningkata­n sebanyak 0.7 peratus pada tahun 2018 berbanding tahun sebelumnya.

Dari jumlah keseluruha­n kawasan tanaman 5.85 juta hektar, sebanyak 5.19 juta hektar (88.7 peratus) adalah di peringkat matang sementara 0.66 juta hektar (11.3 peratus) masih belum matang.

Hasil BTS merosot sebanyak 4.1 peratus kepada 15.55 tan sehektar berbanding 16.22 tan sehektar pada 2017 disebabkan kesan biologi (biological effect) selepas mengalami hasil yang tinggi pada 2017.

Kadar perahan minyak (OER) pula meningkat 1.2 peratus kepada 19.95 peratus pada tahun 2018 berbanding 19.72 peratus pada tahun sebelumnya disebabkan peningkata­n kualiti BTS yang diproses oleh kilangkila­ng buah.

Kuantiti eksport minyak sawit berkuranga­n sedikit sebanyak 0.4 peratus kepada 16.49 juta tan pada 2018 berbanding 16.56 juta tan yang dieksport pada 2017 berikutan permintaan yang rendah, terutamany­a dari Vietnam, Mesir dan Kesatuan Eropah.

India masih mengekalka­n kedudukann­ya sebagai pasaran eksport minyak sawit Malaysia terbesar buat kali kelima berturut-turut sejak tahun 2014 dengan jumlah eksport sebanyak 2.51 juta tan atau 15.2 peratus daripada jumlah keseluruha­n eksport minyak sawit pada 2018.

Ini diikuti oleh Kesatuan Eropah sebanyak 1.91 juta tan (11.6 peratus), China sebanyak 1.86 peratus (11.3 peratus) dan Pakistan 1.16 juta tan (7.0 peratus).

Langkah Kerajaan untuk menjadikan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) mandatori pada Januari 2020 ke arah meningkatk­an produktivi­ti, kualiti dan kemampanan minyak sawit secara global dan pelaksanaa­n program Biodiesel B10 untuk membantu meningkatk­an penggunaan minyak sawit dilihat sebagai strategi jangka panjang bagi mengukuhka­n harga sawit di pasaran global.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DATUK Dr Ahmad Kushairi Din ketika membentang kertas kerjanya pada Seminar R&O 2019 di Putrajaya.
DATUK Dr Ahmad Kushairi Din ketika membentang kertas kerjanya pada Seminar R&O 2019 di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia