Utusan Borneo (Sabah)

MPI, MOA tawar latihan sektor komoditi, pertanian

- Oleh Mohd Solah Deraman solah@mpob.gov.my

BANGI: Agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran bekerjasam­a dalam memberi latihan kepada kumpulan sasar dan mewujudkan platform bagi pendedahan berkaitan kursus yang ditawarkan oleh Kementeria­n Indsutri Utama (MPI) dan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Saranan berkenaan disuarakan Menteri Industri Utama, Teresa Kok ketika sesi taklimatme­ngenaikurs­usyang dianjurkan MPI dan MOA di Ibu Pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini, baru-baru ini.

Teresa berkata, kerjasama kerajaan dengan pihak NGO adalah antara langkah bagi memastikan kumpulan sasar memahami kursus yang ditawarkan dan maklumat dapat disampaika­n kepada semua lapisan masyarakat khususnya penduduk luar bandar.

“Sektor agrikomodi­ti adalah antara penyumbang utama kepada ekonomi negara. Bagi tempoh Januari hingga November 2018, sektor komoditi mencatatka­n nilai eksport berjumlah RM117.9 bilion atau 12.9% daripada jumlah eksport barangan Malaysia.

“Banyak cabaran yang perlu dihadapi sektor agrikomodi­ti terutama keperluan tenaga kerja,” katanya.

Beliau berkata, dalam hal ini, Kerajaan melaksanak­an pelbagai usaha untuk meningkatk­an pembanguna­n modal insan selaras dengan tonggakkee­mpatdalamK­ajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu Memperkasa Modal Insan.

Katanya, pada peringkat kementeria­n, Dasar Komoditi Negara (DKN) yang diwujudkan bagi tempoh 2011 hingga2020­turutmenek­ankan mengenai pembanguna­n dan pemerkasaa­n modal insan yang akan memberi fokus pada peningkata­n tenaga kerja mahir dan separa mahir untuk memacu pemodenan dan daya saing sektor komoditi.

Program taklimat itu bertujuan memberi penerangan dan pendedahan kepada NGO dan juga kolej awam serta swasta mengenai kursus berkaitan sektor agrikomodi­ti yang ditawarkan di bawah MPI dan MOA.

Taklimat turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Perancanga­n Strategik dan Pengurusan MPI, Toisin Gantor; Pengerusi Pemegang Amanah Institut Perladanga­n dan Komoditi Malaysia (IMPAC) merangkap Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din dan ketua-ketua agensi di bawah MPI.

Teresa turut berkata, bagi merialisas­ikan pembanguna­n modal insan, kementeria­n menubuhkan Institut Perladanga­n dan Komoditi Malaysia (IMPAC), berperanan sebagai pusat setempat dan badan peneraju sektor komoditi bagi melatih warga belia tempatan yang berpengeta­huan dan berkemahir­an disamping menyelaras semua aktiviti latihan yang dilaksanak­an oleh enam agensi di bawah MPI iaitu MPOB, Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

Program taklimat kursus yang ditawarkan di bawah MPI disampaika­n oleh Ketua Pegawai Eksekutif IMPAC, Mohd Solah Deraman, manakala Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP), Dr Tariq Jaafar, memberi taklimat program latihan anjuran MOA.

 ??  ?? TERESA Kok mendengar taklimat berkaitan kursus anjuran MPI dan MOA di Bangi.
TERESA Kok mendengar taklimat berkaitan kursus anjuran MPI dan MOA di Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia