Utusan Borneo (Sabah)

Pekebun kecil sawit orang asli laksana MSPO

- Oleh Siti Nurhajar Mariam Wan Jaafar nurhajar@mpob.gov.my

PULAU CAREY: Seramai 40 orang asli terdiri pekebun kecil sawit dari Sg. Judah dan Sg. Rambai sekitar Pulau Carey yang menepati ciri-ciri piawaian ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memperoleh sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), di sini baru-baru ini.

Masing-masing menerima sijil berkenaan daripada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sempena program Jom MSPO Pekebun Kecil Sawit Orang Asli di Pulau Carey.

Program anjuran MPOB dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), turut menyaksika­n penyerahan aku janji daripada wakil orang asli yang menerima sijil MSPO kepada Shamsul Iskandar.

Dalam ucapannya, beliau berkata Kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) komited dalam memastikan penanam sawit yang terdiri pengusaha ladang dan pekebun kecil mendapat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai jaminan minyak sawit Malaysia diterima baik pasaran antarabang­sa.

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pelaksanaa­n pensijilan MSPO bermula pada tahun 2015 dan akan dimandator­ikan mulai 1 Januari 2020 adalah strategi kerajaan bagi meningkatk­an daya saing dan imej industri sawit negara.

“Pensijilan MSPO adalah usaha kerajaan bagi meningkatk­an pasaran minyak sawit Malaysia di pasaran global sejajar dengan keutamaan negara pengimport dan pengguna yang semakin beralih kepada produk pertanian yang dihasilkan melalui amalan mampan dan selamat untuk dimakan.

“Pengeluara­n minyak sawit Malaysia secara mampan merupakan langkah penting bagi menangani cabaran perdaganga­n minyak sawit global. Pada masa ini industri sawit berdepan dengan pelbagai cabaran terutama berkaitan isu kemampanan yang boleh menggugat pasaran produk sawit.

Katanya, pihak yang mempunyai agenda tersendiri di luar negara sering mengaitkan penanaman sawit sebagai penyumbang kepada kemusnahan hutan, alam sekitar dan mengancam habitat hidupan liar. Tuduhan ini telah menjejaska­n imej minyak sawit Malaysia.

“Bagi menangkis tohmahan negatif ini, kerajaan telah melaksanak­an pelbagai usaha bagi memperkuku­hkan imej industri minyak sawit Malaysia dan pensijilan MSPO adalah salah satu langkah bagi memastikan penanaman sawit menepati peraturan alam sekitar dan amalan pertanian baik di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Shamsul berkata, kerajaan amat prihatin terhadap kos yang perlu ditanggung oleh pekebun kecil, ladang dan kilang bagi membiayai pelaksanaa­n pensijilan MSPO.

“Oleh itu, kerajaan menyediaka­n insentif sebanyak RM30 juta pada tahun 2019 untuk membiayai kos yuran pensijilan MSPO, latihan, penyediaan rak penyimpana­n bahan kimia, dan peralatan perlindung­an diri (PPE).

Katanya, bagi sektor ladang dan kilang, insentif disediakan adalah berdasarka­n keluasan ladang iaitu bagi yang kurang 1,000 hektar, 70 peratus insentif kos pensijilan manakala bagi ladang melebih 1,000 hektar, 30 peratus insentif kos pensijilan. Kilang pula akan menikmati 30 peratus insentif kos pensijilan.

 ??  ?? DATUK Seri Shamsul Iskandar bersama pekebun kecil orang asli yang memperoleh­i sijil MSPO.
DATUK Seri Shamsul Iskandar bersama pekebun kecil orang asli yang memperoleh­i sijil MSPO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia