Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan caj bas pelancong bukan raih keuntungan

- -Oleh SITI AISYAH NARUDIN

mengenakan caj kepada bas dan van pelancong yang berhenti di kawasan Yayasan Sabah bukan untuk meraih keuntungan.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Mohd. Zakaria berkata, sebelum ini hampir setiap hari lebih 70 buah bas dan van membawa pelancong singgah untuk merakam foto di kawasan berkenaan.

Bagaimanap­un katanya, jika keadaan itu berterusan tanpa diberi perhatian, ia boleh menjejaska­n kemudahan sedia ada seperti jalan di kawasan Yayasan Sabah.

“Perkara ini sudah dibincangk­an dengan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

“Ini berikutan ramai pihak khususnya pengusaha pelanconga­n yang tidak berpuas hati dengan cadangan ini selepas surat yang saya keluarkan menjadi tular di media sosial.

“Justeru, saya akan mengadakan pertemuan dengan pengusahap­engusaha pelanconga­n pada Jumaat (hari ini) bagi membincang­kan secara terperinci berhubung cadangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Kumpulan Yayasan Sabah di Kota Kinabalu pada Rabu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Panglima Shuryani Shuaib menjadi tetamu kehormat majlis itu.

Jamalul berkata, di dalam bangunan Yayasan Sabah terdapat kedai yang menjual produk-produk tempatan Sabah dan memiliki nilai kualiti yang tinggi.

Sehubungan itu, beliau mahu para pengusaha pelanconga­n turut menyediaka­n tawaran pakej agar para pelancong berpeluang melihat produk tempatan seperti batik Sabah yang dijual di kedai berkenaan.

“Langkah ini dapat membantu mempromosi­kan produk tempatan Sabah selain meninjau lokasi menarik lain yang terdapat di dalam bangunan Yayasan Sabah ini,” katanya.

Sebelum ini, cadangan beliau untuk mengenakan caj sebanyak RM50 kepada bas dan RM15 untuk van pelancong menjadi tular dan menimbulka­n rasa tidak puas hati dalam kalangan pengusaha pelanconga­n.

Jamalul berharap, perkara itu dapat diperhalus­i menerusi perbincang­an bersama pihak-pihak yang berkaitan.

 ??  ?? JAMALUL (kiri) menyaksika­n Shafie (tengah) menyampaik­an anugerah kepada kakitangan Yayasan Sabah pada majlis itu.
JAMALUL (kiri) menyaksika­n Shafie (tengah) menyampaik­an anugerah kepada kakitangan Yayasan Sabah pada majlis itu.
 ??  ?? SHAFIE bersalaman dengan warga KYS yang menyambut ketibaanny­a di majlis itu.
SHAFIE bersalaman dengan warga KYS yang menyambut ketibaanny­a di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia