Utusan Borneo (Sabah)

Bayern bangkit catat kemenangan, tewaskan Augsburg 3-2

Tewaskan Augsburg 3-2, persiapan terakhir sebelum bertemu Liverpool dalam Liga Juara-Juara

-

BERLIN: Bayern Munich dibolosi gol sendiri yang paling pantas dalam sejarah Bundesliga kelmarin dan dua kali terpaksa menyamakan kedudukan sebelum mencatatka­n kemenangan 3-2 di Augsburg dalam persiapan terakhir mereka sebelum perlawanan menentang di Liverpool dalam Liga Juara-Juara.

Menjelang perlawanan pusingan pertama peringkat 16 pada Selasa ini di Anfield, pengurus Liverpool Jurgen Klopp pasti telah melihat dengan penuh minat bagaimana Augsburg, yang menduduki tempat di atas tempat relegasi dalam Bundesliga, menimbulka­n beberapa masalah untuk Bayern.

Kemenangan di tempat lawan dalam liga itu bermakna Bayern, juara bertahan, mengurangk­an jurang kepada hanya dua mata sahaja di belakang pendahulu Borussia Dortmund, yang bermain di kelab tercorot Nuremberg esok (Isnin).

Dengan sebelah mata yang mengintai Anfield, penjaga gol Bayern, Manuel Neuer, kembali selepas tidak bermain dalam tiga perlawanan kerana cedera ibu jari, tetapi dibolosi dua gol dalam masa 24 minit

pertama – jaringan pertama selepas hanya 13 saat sahaja. Leon Goretzka memegang rekod yang tidak diingini bagi jaringan sendiri terpantas dalam Bundesliga apabila dia menolak bola ke dalam gawang sendiri.

“Saya tidak ingat permulaan yang lebih buruk daripada kami,” akui jurulatih Bayern, Niko Kovac. “Kami perlu bermain jauh lebih bagus lagi di Liverpool.” Kemenangan itu mungkin ada harganya apabila Kingsley Coman, yang menjaringk­an gol-gol Bayern pada separuh masa pertama, cedera pada hujung perlawanan.

“Kami perlu melihat keadaannya tetapi ia tidak kelihatan bagus,” akui Kovac.

Coman dua kali menyamakan kedudukan pada babak pertama, dengan mengikat jaringan sendiri dan kemudian menyamakan kedudukan sejurus sebelum waktu rehat selepas pemain antarabang­sa Korea Selatan, Ji Dong-won, memulihkan kelebihan Augsburg.

David Alaba menjaringk­an gol kemenangan Bayern pada awal babak kedua tetapi Bayern perlu meningkatk­an lagi permainan untuk menyusahka­n Liverpool.

“Gol yang kami lepaskan adalah gila,” kata Neuer, kapten Bayern.

“Kami telah menyatakan kami mahu bertahan dengan baik dan kami gagal berbuat demikian.

“Liverpool merupakan pasukan serangan yang kuat dan kami mesti bermain dengan lebih baik, nasib baik kami ada masa beberapa hari untuk meningkatk­an prestasi.”

Bibiana Steinhaus, pengadil wanita pertama dalam lima liga terkemuka di Eropah, baharu sahaja meniupkan wisel untuk sepak mula apabila pemain sayap Augsburg, Philipp Max, melakukan hantaran lintang yang mengeliruk­an pertahanan Bayern.

Goretzka melihat dengan terkejut apabila bola melantun dari butnya dan memasuki gawang apabila pasukan tuan rumah yang dilanda kecederaan memperoleh­i gol pendahulua­n yang mengejutka­n.

Ia tidak sepantas gol terpantas dalam Bundesliga, hanya sembilan saat sahaja, yang dikongsika­n oleh Kevin Volland, untuk Hoffenheim ketika menentang Bayern pada 2015/16, dengan Karim Bellarabi, untuk Leverkusen ketika menentang Dortmund pada 2014/15.

Bagaimanap­un, Bayern yang terkejut menyusun barisan dengan cepat.

Serge Gnabry dan Robert Lewandowsk­i nyaris menjaringk­an gol, kemudian Bayern menyamakan kedudukan pada minit ke-17 apabila hantaran lintang yang cantik oleh Joshua Kimmich menjumpai Kingsley Coman, yang menolak bola ke dalam

gawang di tiang jauh.

Augsburg memulihkan kelebihan mereka dengan jaringan yang hampir mirip dengan gol pertama apabila Max sekali lagi meledakkan bola hantaran lintang dan Ji meledakkan rembatan yang tidak dapat dihalang melepasi Neuer dari jarak 14 meter pada minit ke-24.

Bayern masih berupaya untuk keluar pada waktu rehat dengan kedudukan yang sama apabila Coman mencatatka­n gol keduanya.

Goretzka menebus kesilapan awalnya dengan hantaran kepada pemain sayap Perancis itu, yang merembat bola menerusi kaki penjaga gol Augsburg, Gregor Kobel, untuk menjadikan kedudukan 2-2 sejurus sebelum waktu rehat.

Gol kemenangan tiba lapan minit selepas babak kedua bermula apabila Coman menguis bola ke dalam kepada Alaba dan pemain berusia 26 tahun itu meledakkan rembatan rendah ke bahagian dalam tiang gol yang tidak memberi peluang kepada Kobel, penjaga gol Augsburg.

Pemain Augsburg, Reece Oxford, menanduk bola yang tinggi dengan satu cubaan cantik ketika perlawanan berbaki 26 minit, tetapi Bayern bertahan untuk mencatatka­n kemenangan. – AFP

Saya tidak ingat permulaan yang lebih buruk daripada kami. Kami perlu bermain jauh lebih bagus lagi di Liverpool. NIKO KOVAC Jurulatih Bayern Munich

 ??  ??
 ??  ?? KINGSLEY Coman menjaringk­an gol kedua Bayern Munich. -Gambar Reuters PEMAIN Bayern David Alaba meraikan jaringan ketiga bersama rakan sepasukan Kingsley Coman. -Gambar Reuters
KINGSLEY Coman menjaringk­an gol kedua Bayern Munich. -Gambar Reuters PEMAIN Bayern David Alaba meraikan jaringan ketiga bersama rakan sepasukan Kingsley Coman. -Gambar Reuters
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia