Utusan Borneo (Sabah)

Kisah Hujan di Daerah Kami

-

HUJAN yang turun sejak seminggu lalu, masih tidak menampakka­n sebarang tanda bahawa ia akan berhenti dari terus membasahi tanah merah di daerah kami ini. Lantas lantaran hujan yang saban hari kian memberat, bukan hanya tanah merah di daerah kami sahaja menjadi seperti tempat kerbau berkubang, tetapi hujan ini juga sebenarnya menerbitka­n berjutajut­a runcing keresahan kepada hampir seluruh penduduk kampung yang kebanyakan­nya bergantung hidup kepada tanah selepas sekian lama mereka berbakti kepadanya, termasukla­h keluarga besar kami.

“Kalau hujan ini berterusan, silap-silap habis semua kebun sawit kita tenggelam,” rungut bapa pada suatu pagi sambil menghirup kopi panasnya dengan sepasang matanya yang kelihatan seperti cahaya matahari redup itu, terus merenung nasib.

“Tenggelam satu hal, turun harga satu hal. Ndak tahulah apa akan jadi sama kita lepas ni. Jangankan mahu bayar bil lampu atau air, mahu beli barangan dapur pun macam semakin payah. Belum masuk lagi biaya anakanak sekolah,” tukas ibu dengan nada sebal sambil matanya terus merenung hujung atap zink rumah kami di balik cermin jendela yang terus setia menyambut juraian air hujan.

Bapa menarik nafas dalam lantas dihembusny­a perlahan. Mengenang semua permasalah­an yang baharu sahaja ibu perkatakan waktu itu, membuatkan hati bapa bertambah gundah. Lantas perasaan gundah itu segera bertukar menjadi bilah-bilah pisau yang akhirnya menghiris pedih setiap inci jiwanya.

‘Ahhh…. Bagaimana mungkin aku boleh mengatasi semua masalah ini,’ keluh bapa dalam hati.

Hakikatnya itulah dilema yang sedang dihadapi bukan sahaja oleh keluarga kami, malah rasanya hampir seluruh penduduk di daerah kami ini, turut merasa beban perasaan seperti yang sedang bapa tanggung waktu ini. Mungkin tidak juga keterlalua­n untuk diperkatak­an bahawa harga buah kelapa sawit yang jatuh merudum ini turut dirasai bahangnya oleh hampir seluruh penduduk negeri kami, malah tidak mustahil turut dirasai oleh seluruh penduduk bumi tercinta ini. Lalu masalah ini membawa kepada pelbagai desas-desus yang datang seperti angin semilir. Malah adakalanya desas-desus itu boleh bertukar menjadi rebut taufan, yang akhirnya meranap seluruh rasa percaya mahu pun rasa hormat. Antara desasdesus yang begitu hangat diperkatak­an ialah, punca harga buah sawit jatuh tanpa dapat dikawal berpunca dari masalah pemerintah yang sejak sekian lama masih gagal menyeimban­gkan ‘langkahnya’. Arakian, kegagalan itu kononnya menyebabka­n negaranega­ra besar berpatah arang berkerat rotan dan akhirnya enggan membeli minyak sawit negara. Tidak kurang juga ada yang menyalahka­n pihak pengilang minyak kelapa sawit, yang kononnya gagal menjaga kualiti minyak sehingga harga pasaran minyak kelapa sawit negara hampir tiada nilainya. Namun dalam masa yang sama pihak pembeli buah kelapa sawit terutamany­a yang membeli buah kelapa sawit pekebun-pekebun kecil seperti kami, menyalahka­n pula pekebun-pekebun kecil kerana tidak menjaga kematangan buah sebelum dituai.

Lantas sikap menuding jari ini terus berpanjang­an, tidak ubah seperti wabak penyakit yang menyerang seorang penduduk kampung kemudian menularkan wabak tersebut kepada penduduk lain. Maka pekebunpek­ebun kecil yang menggunaka­n khidmat pekerja untuk menuai hasil buah kelapa sawit mereka, menyalahka­n pula pekerja-pekerja ini lantaran tidak bekerja dengan sesungguh hati. Kemudian pekerjapek­erja yang dibayar upahnya dengan kadar yang tidak pernah turun meskipun harga buah kelapa sawit waktu ini saban hari terus jatuh menjunam, akhirnya menyalahka­n hujan. Iya, kata mereka ini semua salah hujan. Bagaimana mungkin dalam juraian hujan serta kelam awan yang tidak pernah mahu senyum, mampu mencelikka­n mata mereka dalam kegelapan yang sering mengeliruk­an pandangan sehingga mereka mampu melihat segalanya dalam kuasa ‘Super’. Tidak cukup dengan masalah hujan kata pekerja-pekerja ini lagi, pekebun-pekebun yang memerlukan perkhidmat­an mereka untuk menuai buah kelapa sawit bertindak seperti malaikat maut. Iya, bertindak seperti malaikat maut. Apa tidaknya, kata mereka pekebun-pekebun itu tidak mahu terlalu awal apatah lagi terlalu lewat walau sesaatpun dalam pusingan atau jadual menuai buah sawit mereka. Harus tepat dua minggu atau jelasnya 14 hari jarak menuai buah antara pusingan awal bulan dan hujung bulan. Namun bagi bapa, lain pula kisahnya. Bapa sama sekali tidak menyemai ‘wabak menuding jari’ dalam jiwanya.

“Ini semua ujian hidup sebenarnya. Tidak ada kaitan dengan sesiapapun. Bukan salah pemerintah, bukan juga salah pengilang apa lagi salah pekerja mahu pun kita pekebun kecil. Masalah ekonomi ini, masalah global. Tidak ada negara dalam dunia ini tidak pernah berhadapan dengan masalah ekonomi. Lagipun sejak dulu harga buah kelapa sawit ini memang selalu turun naik, jadi tiada yang perlu dihairanka­n,” tukas bapa saat ibu membebel perihal harga buah kelapa sawit yang terus jatuh.

“Kalau iyapun bukan salah pemerintah atau sesiapapun, ndakkan tiada tindakan apa-apa diambil untuk membela nasib kita? Dulu kalaupun buah sawit kurang, harga boleh mencecah sehingga RM800 setan. Sekarang ni, sudahlah buah kelapa sawit kurang, harga paling mahalpun RM300 setan.

Itupun harga untuk bulanan, kalau harga tunai bolehboleh­nya tinggal RM200 setan,” tingkah ibu dengan nada sedikit tinggi sehinggaka­n wajah ibu yang sentiasa kelihatan seperti langit biru itu, tiba-tiba bertukar menjadi awan hitam yang mengandung ribut taufan.

Bicara ibu tidak berakhir di situ. Bibir ibu yang sedikit tipis itu terus terkumat-kamit, tidak ubah seperti bibir nenek tua yang sedang membaca mentera untuk menawar wabak penyakit berjangkit. Rasa tidak puas hati ibu akibat harga buah kelapa sawit yang jatuh mendadak itu, bermula selepas bapa pulang dari menghantar buah kelapa sawit ke pusat penjualan. Ibu sejak awal perjalanan bapa pada pagi yang matahariny­a masih enggan senyum itu, sudah bersiap seadanya sambil memasang harapan setelah bapa pulang dari pusat penjualan buah, dia dan bapa akan terus ke pekan untuk mendapatka­n keperluan ‘hidup’ kami sekeluarga. Namun saat bapa memakirkan motosikaln­ya di halaman rumah, ibu seperti sudah dapat membaca riak wajah bapa yang saat itu kelihatan tidak ubah seperti matahari yang tidak cukup cahaya. Iya, seperti cahaya matahari yang sedang dilindungi oleh kepulan awan hitam.

“Dapat berapa?” Soal ibu yang sedang berdiri di beranda rumah sejak sepuluh minit lalu seperti tidak sabar menunggu bapa membuka bicara.

Bapa tidak terus menjawab soalan ibu, sebaliknya bapa segera membuka topi keledar lantas turun dari atas motosikaln­ya dan kemudian menaiki anak tangga rumah menuju beranda. Tiba tepat di hadapan ibu, bapa menghulurk­an sekeping wang kertas berwarna ungu.

“Ini saja?” Soal ibu lagi sambil tangan kanannya menyambut kemas wang kertas berwarna ungu itu daripada tangan bapa, dengan sepasang matanya yang sentiasa kelihatan seperti separa bulan itu, tibatiba bertukar menjadi bulan sabit lalu menampakka­n kerut di dahinya.

Bapa mengangguk perlahan sambil melabuhkan punggungny­a di atas kerusi papan yang sudah di letak di beranda rumah kami sejak sekian lama.

“Mahu beli apa dengan RM100 ini? Kenapa ndak pinjam RM200? Buka sekolah ndak lama lagi, kalau harga sawit terus begini, kita mahu beli keperluan anak-anak sekolah pakai apa? Kenapalah abang ndak pinjam lebih?” Soal ibu dengan nada kesal lantas segera beredar meninggalk­an bapa sendirian terkulat-kulat di beranda rumah.

Seketika hujan pun mula menitis. Setitis, dua titis dan akhirnya berjuraian­lah air hujan membasahi tanah merah di halaman rumah kami. Sementara bapa terus bungkam sesekali dia menarik nafas dalam lantas dihembusny­a perlahan, berulang kali. Ada desah yang bunyinya agak berat hadir bersama helaan nafasnya saat itu. Bapa seperti hilang kata-kata lantas tidak tahu bagaimana harus menjawab soalan ibu yang datangnya seperti ketul-ketul batu yang menghentam benaknya. Sebaliknya bicara-bicara bapa hanya lahir dalam nubari bapa sebagai seorang lelaki yang sedang berhadapan dengan suatu perasaan yang dinamakan ‘terkilan’.

‘Ahhh…. Tidak perlu kau ulang soalan-soalan itu kepadaku. Sebelum kau berfikir perihal semua kesulitan itu, aku sudah terlebih dahulu memikirkan­nya. Kau tidak akan pernah tahu, apa yang aku rasa saat aku merayu selayaknya seorang pengemis agar duit pinjaman itu dapat dinaikkan sedikit nilainya. Bermula dari RM300 turun kepada RM200 kemudian turun lagi sehingga RM150. Namun selepas ditolak, dicampur dan dibahagi dengan pinjaman terdahulu, pihak pembeli hanya boleh memberikan RM100 saja untuk pinjaman hujung bulan ini. Kata mereka, harga buah kelapa sawit jatuh setiap hari, lantas mereka tidak boleh memberikan nilai pinjaman melepasi harga tunai.’

Iya, itu adalah syaratnya jika pekebun kecil berurusan dengan pihak pembeli buah kelapa sawit di daerah kami. Pekebun kecil hanya mempunyai dua pilihan untuk berurus niaga dengan mereka. Hanya dua pilihan, tidak ada tiga apatah lagi empat dan seterusnya. Dua pilihan itu ialah, sama ada pekebun kecil memilih untuk menjual buah kelapa sawit dengan harga tunai atau mengikut harga bulanan. Sekiranya pekebun kecil memilih untuk menjual dengan harga tunai, maka nilai wang akan dikeluarka­n sekali gus mengikut berat buah kelapa sawit yang dijual. Dan jika pekebun kecil memilih untuk menjual buah kelapa sawit mengikut harga bulanan, maka pinjaman yang diberikan hanya 70 peratus dari kadar harga tunai. Maknanya, jika harga tunai buah kelapa sawit bernilai RM200 setan, maka pinjaman untuk setiap tan hanyalah RM140 atau paling tinggi pun RM150 sahaja.

Namun ramai dalam kalangan pekebun kecil termasuk bapa memilih menjual buah kelapa sawit mereka mengikut harga bulanan, lantaran harga bulanan nilainya sedikit tinggi berbanding jualan tunai. Genap sebulan atau lebih tepat lagi antara 7-10 hari bulan dalam setiap bulan, maka harga buah kelapa sawit yang diumumkan oleh pihak berwajib kepada pihak pembeli akan dikeluarka­n. Maka tarikh 7-10 hari bulan itu lebih dikenali dalam kalangan pekebun kecil sebagai ‘gaji sawit’. Cuma sahaja keburukann­ya ialah, pekebun kecil terikat dengan jumlah wang pinjaman yang telah ditetapkan oleh pihak pembeli. Dan itulah yang berlaku kepada bapa lantaran buah kelapa sawit bapa yang beratnya cuma 800 kilo sahaja, akhirnya melayakkan bapa mendapatka­n pinjaman hanya RM100 sahaja.

“Rasanya kita kena fikir macam mana mahu tambah pendapatan keluarga kita,” cadang bapa pada suatu malam saat hujan masih terus enggan berhenti membasahi tanah merah di daerah kami.

“Tiada apa boleh dibuat bang. Kita ini bukannya ada duit bikin modal berniaga. Lainlah kalau abang mahu cari kerja, tapi kerja apa ada di kampung kita ini? Lagi pula, kalau setakat lulusan tingkatan lima janganlah mimpi mau cari kerja zaman ini, tiada yang memandang tu,” bantah ibu dengan nada sedikit dingin, tidak ubah seperti cuaca malam itu,dingin yang menggigit.

“Kita carilah bisnes yang ndak perlu keluar modal,” jawab bapa pantas.

Ibu mencebik bibir. Mungkin waktu itu jauh dalam benaknya, ibu merasakan bapa sudah tidak waras. Apa tidaknya, dalam zaman yang kian maju ini mana mungkin dalam dunia ini ada perniagaan yang tidak memerlukan modal. Giliran ibu menarik nafas panjang dan dalam. Seketika ibu segera melontarka­n pandangann­ya ke arah selonggok pakaian yang sudah berada di hadapannya dan hanya menanti masa untuk dilipat rapi. Mungkin bagi ibu, adalah lebih baik dia menyudahka­n kerja-kerja melipat pakaian daripada terus melayan angan-angan bapa yang ingin berniaga tetapi tanpa modal. Lantas ibu mula tekun melipat sehelai demi sehelai baju-baju yang kelihatan tidak ubah seperti sampah busuk.

Rasanya semenjak musim hujan melanda daerah kami ini, selain kebimbanga­n kebun akan dilanda banjir, mahupun kebimbanga­n terhadap harga buah kelapa sawit yang jatuh mendadak sejak berbulan-bulan lalu, hujan ini turut mengundang gundah di jiwa para suri rumah tangga. Apa tidaknya, pakaian yang dicuci hari ini harus memakan masa dua hingga tiga hari untuk kering, itu pun keringnya hanya suam-suam kuku tetap sahaja masih dalam keadaan lembab. Sementara menunggu kain di ampaian kering, pakaian kotor yang perlu dibasuh pula jika dihitung dengan perasaan sebal tingginya sudah boleh mengalahka­n Gunung Everest. Ternyata musim hujan tahun ini, mungkin bukan sahaja berjaya menenggela­mkan tanah merah di daerah kami ini tetapi juga seluruh jiwa-jiwa penghuniny­a.

“Kawasan lima ekar tanah kita sudah habis tenggelam. Memang ndak boleh dituai buahnya buat masa ini. Kena tunggu air surut dululah baru boleh dituai. Tinggal kawasan bukit di belakang rumah ini saja boleh diambil. Beberapa kawasan tinggi yang lain pun memang kena tunggu air surut juga, sebab ndak boleh lalu di kawasan tanah rata yang kena banjir tu,” jelas bapa kepada ibu setibanya bapa di rumah setelah pulang dari melihat keadaan kebun sawit kami.

“Ndak lama mati kelaparan kita anak beranak. Mahu makan apa kalau begini? Sudahlah harga sawit turun, buahpun kurang, banjir lagi. Teruklah keadaan kita sejak kebelakang­an ini. Semuanya berubah seratus peratus. Kalau dulu musim banjir, ada bantuan makanan diberikan kepada mangsa banjir, sekarang ni bantuan hanya diberikan kepada yang benar-benar terlibat dengan banjir sahaja. Macam kita ni, janganlah pernah bermimpi dapat bantuan,” rungut ibu panjang lebar.

“Kita ni yang kena banjir kawasan kebun saja, tidaklah sampai ke kawasan rumah. Memanglah ndak layak dapat bantuan, kan masih boleh keluar mencari bekalan makanan,” tukas bapa dengan nada perlahan, sambil menyeka sisa air hujan yang sempat singgah di rambut juga wajah bapa dengan tuala muka berwarna biru.

“Kalau buah sawit ndak boleh dituai, lepas tu harga sawit pun sudah tinggal sepuluh sen, macam mana mahu beli bekalan bang? Kenapa kalau sepuluh buah kedai dekat dengan rumah kita ini, tidak ada yang mahu kasih percuma barang-barang sama kita,” tingkah ibu dengan nada seperti angin yang bertiup kencang.

Sekali lagi bapa hanya mampu bungkam, sambil menarik nafasnya dalam-dalam lantas dihembusny­a perlahan. Mungkin bapa cuba mencari sedikit ketenangan dalam jiwanya yang sejak sekian lama sudah sarat dengan masalah kehidupan keluarga kami. Sedangkan ibu, seperti enggan memahami gejolak perasaan bapa dan terus melontarka­n kata-kata yang adakalanya mampu membakar rentung jiwa lelaki bapa. Lantas bapa terus memasang nekad untuk memulakan perniagaan­nya sendiri tanpa perlu mengeluark­an modal yang terlalu besar.

“Hari ini Ayang temankan abang ke kampung sebelah. Ada tempahan mengecat bilik tidur sekali gus pakej mengemas bilik. Pelanggan sanggup bayar kita RM250 untuk perkhidmat­an kita kali ini,” ujar bapa dengan nada bersunguh-sungguh sambil segaris senyuman terlakar di wajah bapa yang kelihatan begitu polos sekali.

Akhirnya bapa berjaya menjalanka­n perniagaan­nya sendiri sejak sebulan lalu. Iya, perniagaan yang tidak perlu mengeluark­an modal seperti yang pernah bapa cadangkan kepada ibu. Sebaliknya perniagaan baru bapa ini hanya memerlukan sedikit kekuatan mental dan fizikal, ditambah dengan kesungguha­n serta kejujuran dan juga keikhlasan, itulah modal sebenar perniagaan bapa. Sesuatu yang tidak mungkin mampu dilupakan perihal pendirian bapa jalah, kata bapa, jangan pernah menyemai sikap menuding jari dalam diri setiap kali berhadapan dengan masalah hidup. Kerana menurut bapa, sikap itu merupakan suatu penyakit hati yang tidak akan ada penawarnya. Sebaliknya sikap mencari jalan keluar dari masalah adalah sesuatu yang harus diamalkan bukan hanya dalam diri individu, sebaliknya harus diamalkan oleh dunia sejagat.

‘Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka berusaha mengubah nasib mereka sendiri,’ Sementara hujan masih enggan berhenti dari terus membasahi tanah merah di daerah kami.

 ??  ?? Karya SUNITA SAHIDIN
Karya SUNITA SAHIDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia