Utusan Borneo (Sabah)

BUKAN RINTANGAN POLITIK

Shafie lebih risaukan kesusahan hidup rakyat

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal lebih merisaukan keadaan kesusahan hidup rakyat Sabah yang amat memerlukan pembelaan berbanding rintangan yang dihadapiny­a dalam dunia politik.

Presiden Warisan itu berkata sepanjang turun padang ke seluruh negeri, beliau dapati rakyat Sabah masih bergelut dengan pelbagai kesulitan dalam menjalani rutin harian.

“Saya tidak takut dengan politik, kita dalam politik biasalah, hadapi sahaja rintangan (mendatang), tetapi keadaan (kesusahan hidup) rakyat ini yang perlu kita bantu.

“Jangan sampai sudah ada jawatan, rakyat pula kita lupa,” katanya semasa berucap merasmikan penutupan Konvensyen Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Peringkat Negeri di Kompleks Sukan Tawau, di sini pada Ahad.

Shafie berkata sehingga kini rakyat Sabah masih ada yang tidak menikmati bekalan air bersih dan terawat, jalan raya, bekalan elektrik, malah tidak ada tempat tinggal.

Beliau juga akui banyak kes melibatkan pertikaian pemilikan tanah antara rakyat dan syarikat tertentu yang selalunya berakhir dengan rakyat terpaksa berpindah keluar.

“Negeri Sabah hak kita dan perlu dipertahan­kan supaya seimbang pembanguna­nnya kerana kita sedar dan tahu masih banyak masalah yang dihadapi rakyat akar umbi.

“Saya pernah hampir menitiskan air mata apabila ada seorang pejuang Warisan di Tenom bernama Puyu memberikan wang RM300 walaupun dia sendiri hidup susah.

“Rumahnya juga sudah usang, tetapi bayangkan walaupun kehidupann­ya begitu dia masih mahu memberikan sumbangan wang (untuk menyokong perjuangan Warisan).

“Saya masih simpan duit itu dan menjadi tanda peringatan (mengenai rakyat Sabah yang walaupun hidup susah namun sanggup berkorban demi perjuangan),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata mandat pemerintah­an kerajaan Pusat dan negeri yang diterima kini hasil keyakinan dan kepercayaa­n rakyat dari peringkat akar umbi.

Menurutnya, mandat itu diberikan oleh rakyat dengan harapan supaya tampuk pemerintah­an di negara dan negeri ini selari dengan impian dan harapan mereka.

“Harapan rakyat cukup tinggi supaya perubahan berlaku, bukan hanya kerajaan atau parti dan pimpinanny­a, tetapi juga nilai amalan budaya kita menjadi perkara penting.

“Tidak ada ertinya kita menjadi kerajaan jika amalan (mentadbir kerajaan) itu

diraikan pemimpin-pemimpin masyarakat semasa tiba untuk merasmikan Konvensyen UPPM Peringkat Negeri di Kompleks Sukan Tawau.

masih lagi seperti yang dahulu, kita yakin rakyat mahukan perubahan berlaku,” katanya.

Beliau berkata sistem pentadbira­n kerajaan perlu berubah dari akar umbi sehinggala­h peringkat atasan mencakupi pelbagai bidang, termasuk berkait projek pembanguna­n.

Perkara itu termasukla­h memberi keutamaan kepada amalan dan perbuatan seseorang pemimpin akar umbi sehingga menteri supaya dapat diubah kepada cara baharu.

“Sabah baharu yang kita mahukan bukan (mengutamak­an penilaian) dari warna kulit bukunya atau rupa wajahnya tetapi melihat kepada amalan dan perbuatan kita.

“Apa tindak tanduk yang kita lakukan selama tempoh lima tahun ini sama ada selaras dengan hasrat rakyat atau sebaliknya, jika kita gagal tunaikan kita akan ditukar.

“Banyak negara maju dan membangun di dunia berubah tampuk pemerintah­an kerana suara rakyat, pimpinan boleh menentukan diri mereka, tetapi yang menentukan akhirnya adalah rakyat,” katanya.

Shafie berharap pimpinan yang ada di semua peringkat dapat memegang niat perjuangan mereka khususnya ketika berhadapan pelbagai cabaran dan rintangan.

Berhubung UPPM, beliau meminta pemimpinpe­mimpin yang sudah dilantik bukan hanya melihat dan mendengar masalah rakyat tetapi berusaha menyelesai­kannya.

“Walaupun kita sedar keupayaan kita terbatas, namun sebagai kerajaan kita kena mengatasi sebaik mungkin. Jika tidak, saya yakin mereka akan menuntut masa.

“Jangan terbabit rasuah kerana ini akan menghampak­an rakyat dan merosakkan sistem penyampaia­n kita, sebab itu peganglah niat yang baik untuk berbakti,” katanya.

Dalam perkembang­an berasingan, Utusan Borneo difahamkan presiden Warisan itu akan mengadakan sidang media di Kota Kinabalu hari ini (Isnin) berhubung hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuka cawanganny­a di negeri ini.

 ??  ?? SHAFIE
SHAFIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia