Utusan Borneo (Sabah)

‘Gigitan cinta’ bongkar hubungan intim remaja, buruh

-

BAU: ‘Gigitan cinta’ di dada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun membongkar rahsia hubunganny­a dengan seorang buruh yang juga disyaki telah merogolnya.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar 8 hingga 10 Februari lalu semasa mangsa bercuti di rumah ibu saudaranya di Kampung Keranji, di sini.

Menurutnya,suspekberu­sia 22 tahun turut bermalam di rumah yang sama untuk bersama-sama menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

“Mangsa mula disyaki dirogol selepas adiknya melihat ‘love bite’ pada dada mangsa semasa di asrama dan kemudian memberitah­u rakan-rakan yang lain seterusnya diketahui penjaga asrama.

“Risau akan terjadi perkara yang tidak diingini pada kemudian hari menyebabka­n penjaga asrama sebuah pusat kebajikan di Kuching itu terus membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Bertindak atas laporan tersebut, suspek yang berasal dari Engkilili berjaya ditangkap di sebuah rumah pekerja di Taman Seng Goon, Kuching pada Khamis lepas sekitar jam 10 malam.

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol gadis bawah umur),” kata Poge.

Siasatan awal polis juga mendapati suspek dan mangsa yang baharu berkenalan sejak Disember lalu melalui Facebook mengaku melakukan hubungan intim sebanyak dua kali dalam tempoh tersebut (8 hingga 10 Februari).

“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaa­n.

“Untuk makluman, mangsa dan adiknya tinggal di asrama pusat kebajikan tersebut sejak dia berumur 10 tahun selepas ibu bapanya bercerai,” jelas Poge.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia