Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Kesihatan komited

Kurangkan jurang nisbah doktor gigi dan doktor kepada pesakit

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat komited mengurangk­an jurang kadar nisbah doktor gigi dan doktor dengan pesakit di negeri ini. Menterinya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata, kementeria­nnya memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua hingga tiga tahun dalam usaha mengurangk­an jurang itu.

Katanya, statistik di Sabah ketika ini menunjukka­n nisbah bagi doktor gigi kepada pesakit adalah 1:12,800 manakala bagi doktor kepada pesakit pula adalah 1:1,200.

Jelasnya, jumlah itu jauh berbeza berbanding di Semenanjun­g yang mana nisbah 1:500 bagi doktor gigi kepada pesakit, dan 1:600 bagi doktor kepada pesakit.

“Isu ini adalah salah satu daripada KPI saya. Sebab itu saya bekerja keras bagaimana mahu mengurangk­an jurang ini.

“Saya melihat tempoh dua tahun bagi mereka berkhidmat di Sabah sebelum balik ke Semenanjun­g semula adalah menjadi salah satu sebab mengapa kita di sini kekurangan doktor gigi dan doktor.

“Tempoh ini terlalu cepat. Jadi sampai bila-bila pun kita di Sabah tidak cukup doktor gigi dan doktor,” katanya kepada media selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Sandakan di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada malam Sabtu.

Mengulas lanjut, Stephen yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata kementeria­nnya juga menggalakk­an lebih ramai anak tempatan untuk menceburi bidang perubatan selepas tamat persekolah­an kelak.

“Antara jalan penyelesai­an kita adalah memberi peluang biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan dan seterusnya menawarkan geran agar mereka berkhidmat dengan kerajaan di negeri ini dahulu.

“Kita mahu melahirkan lebih ramai doktor gigi dan doktor dari Sabah sendiri supaya mereka berkhidmat secara tetap di sini.

“Dalam masa yang sama, kita juga berunding dengan Persekutua­n bagaimana menghantar lebih ramai doktor gigi, doktor atau pakar ke Sabah. Kita sedang berusaha berhubung perkara ini,” jelasnya.

Majlis itu turut dihadiri oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Frankie Poon, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong Ket Kiun.

Isu ini adalah salah satu daripada KPI saya. Sebab itu saya bekerja keras bagaimana mahu mengurangk­an jurang ini.

DATUK STEPHEN WONG TIEN FATT Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat

 ??  ?? STEPHEN dan Kit Siang bersama para pelajar yang menjayakan persembaha­n pada majlis berkenaan.
STEPHEN dan Kit Siang bersama para pelajar yang menjayakan persembaha­n pada majlis berkenaan.
 ??  ?? BARISAN tetamu kehormat yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Sandakan.
BARISAN tetamu kehormat yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Sandakan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN tetamu yang memeriahka­n majlis itu.
SEBAHAGIAN tetamu yang memeriahka­n majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia