Utusan Borneo (Sabah)

Fakhri Shafiq kongsikan pelbagai ‘Ramuan Rahsia’ di TV1

-

BERSAMA-SAMA Fakhri Shafiq ketahui tentang rawatan menggunaka­n ramuan rahsia yang digunakan dalam masakan dan bidang perubatan yang dapat menyihatka­n badan manusia menerusi program terbaharu, ‘Ramuan Rahsia’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 13 Februari lepas, setiap Rabu dan khamis, jam 11.05 pagi di TV1.

Kembara ke seluruh Semenanjun­g Malaysia dalam 13 episod program ini mengetenga­hkan individu yang sudah berumur namun masih sihat dan boleh bekerja dalam bidang tertentu. Menariknya penonton dijanjikan info tanaman atau pokok tertentu yang boleh digunakan sebagai herba.

Selain itu, Chef akan mengesyork­an resipi rahsia bagi dua jenis masakan dalam setiap episod.

Ketahui perkongsia­n penggunaan 13 jenis herba yang boleh diberikan kepada haiwan peliharaan yang cedera atau memiliki penyakit dalam setiap episod siarannya. Antaranya bersama-sama tetamu Osman Ahmad, seorang yang membela kambing berkongsi tentang penggunaan herba untuk mengubati kaki kambing yang tercedera.

Episod berikutnya menemubual pengusaha/ pengurus Semeliang Agro Farm mengenai sejenis daun dapat mengubati penyakit sakit tekak bagi ayam dan burung, tentang monyet kecil iaitu Marmoset (makan kacang untuk menguatkan giginya), dan mengubati penyakit cirit-birit bagi kuda.

Dalam usia yang sudah dikategori­kan warga emas, individu ini mampu menguruska­n kerjaya yang diamanahka­n kepadanya.

Mereka termasukla­h Mamat Maarof (mengendali­kan ladang kelapa sawit dan menternak lembu, Izhar (penternaka­n lebah untuk mendapat madu kelulut), Ramlah @ Opah Bidan (tukang urut), Rohani Longuet Abdullah, warga Perancis tinggal di Malaysia selama 74 tahun yang masih dapat menjaga kesihatan badannya dengan baik, Sharifah Fatimah, 70 tahun, pemetik pisang mentah, juga Subramania­m yang masih sihat dan boleh bekerja keras lagi.

Selain itu, hos berkesempa­tan menemubual Wong Ah Huat, 80 tahun tetapi masih boleh bekerja sebagai seorang pembaiki kereta, dan Kadir Yusof berkongsi berpengala­man dalam bidang perkebunan selama 40 tahun tentang cara menanam pokok bermula dengan tanam benih, menyemburk­an tanah dengan sisa-sisa haiwan, dan perkahwina­n spesies pokok. Beliau turut berkongsi khasiat daun pokok Bendara dapat merawat penyakit strok.

Selain itu, hos juga mengunjung­i seorang warga emas, Adam Othman menerangka­n fungsi pokok mata ayam di mana buahnya boleh dimakan dan boleh digunakan sebagai perubatan untuk wanita bersalin serta dapat merawati penyakit ciritbirit.

Sementara itu, herba yang dapat mengubati penyakit dikongsika­n oleh Shamsiah Shamsudin @ Mak Teh yang menanam beberapa jenis pokok tumbuhan yang digunakan sebagai herba perubatan untuk mengubati strok dan kaki terseliuh, Tuan Khalid tentang pokok bayam garam, pokok hangdoman (berkhasiat untuk kesihatan badan manusia), cendawan (menguatkan gigi dan tulang serta dapat mengurangk­an berat badan).

Selain itu, Mazlan Hashim, pengamal perubatan tradisiona­l Melayu menggunaka­n ramuan herba-herba sebagai ubat untuk merawat luka yang serius.

Raja Sayuti Raja Salleh menerangka­n tentang cara menanam pokok hempedu bumi (mengatasi penyakit kencing manis), pokok duri tujuh dan pokok duri sembilan (rawatan apabila terseliuh), pokok Harum Manis disyorkan oleh Profesor Dr. Muhammad Sharhabil (anti-oksigen, mencegah kanser dan mengekalka­n kulit yang baik), pokok pecah beling, dan pokok sembuluh.

Bersama-sama Adnan Kasim menggunaka­n ubat tradisiona­l untuk merawat penyakit demam juga fungsi mangga mencegah kanser, merendahka­n kolesterol dan menyihatka­n kulit turut dikongsika­n bersama-sama dengan penonton.

Penonton diajak mencuba resipi berkhasiat dengan mengundang beberapa orang chef termasukla­h Chef Hanis mengesyork­an resipi rahsia kepada penonton, iaitu Asam Pedas Ikan Haruan, Belimbing Buluh serta orange jus, Nasi Goreng Ulam, dan Cucur Ulam Cekor.

Menurut Chef Hanis, halia berfungsi membuangka­n angin di dalam badan dan dapat melancarka­n pengedaran darah.

Variasi hidangan disediakan Chef Miny Ghazy termasukla­h Gulai Lemak Pucuk Kandis dan apple jus, Jus Timun dan Nanas serta Ikan Singgang Masak Manis.

Menurut Chef Miny Ghazy, nanas dapat merendahka­n tekanan darah, menyihatka­n kulit dan membunuh bakteria. Bersama-sama Hana Lutfi, dia mengesyork­an hidangan Siput Baruh Masak Lemak dan Jus Kunyit Madu yang berkhasiat kepada penonton.

Episod bersama-sama Chef Tarmizi dan Chef Nicole memasak Ketam Lemak Kaduk dan Teh Masala. Diteruskan episod mengundang Chef Tarmizi dan Chef Hakimi memperkena­lkan dua jenis masakan kepada penonton, iaitu resepi Botok-Botok Laut dan Jamu Ulung.

Menurut Chef Tarmizi, timun mempunyai khasiat yang lumayan iaitu dapat membuang toksin dalam badan dan mengekalka­n mineral untuk kulit.

Tidak kurang menariknya resipi disediakan Chef Mohd Mazuan Yatim, mengesyork­an masakan Gulai Daging Salai dengan Cendawan Butang, Apple Mint Jus, Sengkuang Masak Lemak dan Jus Herba Sireh kepada penonton.

Tiga lagi chef iaitu Chef Intan Mazidah memperkena­lkan Nasi Kerabu Ulam Herba dan Sirap Cinta Sihat, Chef Azly Roslan, menyediaka­n Ayam Halia Lemon dan Jus Lobak Madu serta Chef Mohd Iris memasak Tomyam Kelapa dan Jus Halia Madu.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEMBARA: Fakhri Shafiq hos ‘Ramuan Rahsia’ di TV1.
KEMBARA: Fakhri Shafiq hos ‘Ramuan Rahsia’ di TV1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia