Utusan Borneo (Sabah)

TIDAK BOLEH HALANG BERSATU

K’jaan negeri akan terus bekerjasam­a dengan PH, kata Shafie

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus mengadakan kerjasama baik dengan Pakatan Harapan (PH) demi kebaikan rakyat secara keseluruha­n.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Parti Warisan Sabah (Warisan) sudah bekerjasam­a dengan PH sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu dan selepas itu bersama-sama Kerajaan Persekutua­n membentuk kerajaan baharu.

Katanya, rakyat Sabah telah memberi Parti Warisan Sabah mandat untuk memerintah Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14. Mereka bosan dengan kerajaan Umno-BN dan mahu perubahan ke arah kebaikan.

"Kita menghormat­i mandat yang diberikan dan akan melakukan yang terbaik untuk terus mentadbir Sabah mengikut kehendak rakyat dari segi pembanguna­n dan peluang pekerjaan.

"Kami akan melakukan yang terbaik dalam menunaikan segala janji kepada rakyat berlandask­an kemampuan kerajaan," katanya dalam sidang media selepas menyempurn­akan majlis Istiadat Penganuger­ahan Pingat Kedaulatan Negara PDRM Kontinjen Sabah, di sini pada Isnin.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu mengumumka­n keputusan parti itu untuk mengembang­kan sayap ke Sabah.

Mengenai kemasukan Bersatu ke Sabah, beliau berkata: "Kami tidak boleh menghalang mereka, atau mana-mana parti pun. Kita juga mempunyai undangunda­ng yang membenarka­n pembentuka­n parti baharu."

Bagaimanap­un, katanya, parti Warisan Sabah akan tetap berpegang teguh kepada pendirian dan halatuju parti.

"Kita pernah bekerja dengan Pakatan Harapan sebelum ini dan selepas pilihan raya, kita bersamasam­a membentuk Kerajaan Persekutua­n. Kita akan terus bekerjasam­a dengan Pakatan Harapan demi manfaat dan kepentinga­n rakyat Sabah.

"Saya sedar perasaan penyokong kita dan rakyat Sabah berhubung keputusan Bersatu," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an rakyat supaya jangan terlalu mengikut emosi, sebaliknya terus fokus kepada pembanguna­n negeri demi kepentinga­n rakyat Sabah.

"Mentadbir Sabah dengan baik dan memastikan hak kita dikembalik­an semula seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan ini tetap menjadi keutamaan kita," katanya.

 ??  ?? SHAFIE (duduk) ketika sidang media khas selepas Istiadat Penganuger­ahan Pingat Kedaulatan Negara PDRM Kontinjen Sabah, pada Isnin.
SHAFIE (duduk) ketika sidang media khas selepas Istiadat Penganuger­ahan Pingat Kedaulatan Negara PDRM Kontinjen Sabah, pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia