Utusan Borneo (Sabah)

Perlu lebih waspada, jangan terpedaya: Azis

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Golongan pencari kerja perlu lebih berwaspada daripada terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan berkait tawaran pekerjaan yang bergaji lumayan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, kes penipuan seumpama itu sudah banyak berlaku dan melibatkan ramai mangsa.

Katanya, dalang di sebalik penipuan berkenaan hanya mahu mengaut keuntungan dengan memperdaya­kan golongan yang benar-benar mahukan pekerjaan.

“Saya nasihatkan kepada semua pencari kerja supaya lebih berhati-hati memandangk­an banyak kes tipu di luar sana yang menggunaka­n penipuan sebagai modus operandi,” katanya.

Azis berkata demikian kepada media selepas menyambut ketibaan tiga rakyat Sabah yang dibebaskan kerajaan negara Kemboja di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini malam Ahad.

Ketiga-tiga mereka adalah antara 47 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan hingga ditahan pihak berkuasa negara Kemboja.

Azis berkata, polis sedang menjalanka­n siasatan lanjut bagi mengenal pasti pihak yang menjadi dalang menawarkan pekerjaan kepada mangsa menerusi aplikasi media sosial.

“Kita berharap dalang sebenar sindiket ini dapat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

“Pada masa sama, kita amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama kerajaan Malaysia dan Kemboja dalam memastikan urusan pembebasan kesemua rakyat Malaysia berjalan lancar.

“Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Kemboja dan ini membantu urusan pembebasan semua mangsa berjalan lancar dan baik,” jelasnya.

Ketiga-tiga rakyat Sabah Chong Su Kyun, 37, Jeffrydean Jude, 19, dan Philip Ho Chee Chin, 25, tiba di LTAKK kira-kira jam 11.30 malam dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) Sarawak.

Ahli keluarga setiap mangsa turut menyambut ketibaan mereka selepas dimaklumka­n mengenai kejayaan pembebasan semua mangsa yang ditahan di penjara Kemboja.

 ?? Gambar oleh JAMES TSEU ?? AZIS (kiri) menyambut ketibaan Chong (kanan), Jeffrydean (dua kanan) dan Philip (tiga kiri) sebaik sampai di LTAKK malam Ahad. -
Gambar oleh JAMES TSEU AZIS (kiri) menyambut ketibaan Chong (kanan), Jeffrydean (dua kanan) dan Philip (tiga kiri) sebaik sampai di LTAKK malam Ahad. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia