Utusan Borneo (Sabah)

Akta khas lindungi pengamal media dicadangka­n

Termasuk memberi kekebalan dan menjaga keselamata­n pengamal media

-

KOTA BHARU: Seorang pensyarah komunikasi penyiaran pada Isnin mencadangk­an supaya satu akta khas diwujudkan bagi melindungi pengamal media dan sumber maklumat mereka.

Pensyarah Komunikasi Penyiaran, Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (KUIS) Md Rozalafri Johari berkata, ini termasuk memberi kekebalan dan menjaga keselamata­n pengamal media dalam mengumpul maklumat serta melindungi sumber maklumat mereka.

“Pihak kerajaan perlu melihat wartawan sebagai aset penting berikutan mereka mempunyai maklumat yang bernilai bukan sahaja kepada agensi berita yang diwakili malah kepada negara.

“Sekiranya mereka tertangkap sama ada di dalam mahupun di luar negara dan maklumat terlepas kepada pihak lain, ia boleh membahayak­an keselamata­n negara,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Amerika Syarikat antara negara yang mempunyai undang-undang melindungi wartawan. Ia dikenali sebagai ‘Shield Act’ (Akta Perlindung­an) yang membolehka­n wartawan tidak mendedahka­n sumber berita mereka.

Ketika ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melindungi pemberi maklumat mereka daripada pengetahua­n umum.

Md Rozalafri berkata antara aspek yang perlu diberi perhatian semasa membuat akta perlindung­an pengamal media ini ialah keselamata­n diri wartawan, keluarga dan masyarakat (sumber maktlumat).

“Akta sedia ada lebih

MD ROZALAFRI JOHARI Pensyarah Komunikasi Penyiaran, Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (KUIS)

menyekat kebebasan wartawan untuk membuat laporan dan kerana ketiadaan undangunda­ng khusus tersebut, pengamal media terdedah kepada pelbagai risiko termasuk ancaman bunuh, sedangkan mereka bertugas mencari maklumat sahih.

“Contohnya, seorang wartawan jenayah mungkin mendapat maklumat berbeza daripada pihak polis, sama ada kes melibatkan gengster, kepentinga­n negara, malah berita antarabang­sa, oleh itu undang-undang melindungi pengamal media sewajarnya diwujudkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Md Rozalafri berkata dengan kewujudan wartawan ‘mi segera’ media sosial yang tidak bertauliah (wartawan netizen) yang suka menggembar gemburkan berita tidak sahih dan mudah diakses netizen menjadikan wartawan perlu melengkapk­an diri mereka dengan pengetahua­n supaya dapat menepis berita atau maklumat yang tidak sahih itu.

“Sekarang penyebaran maklumat yang tidak sahih terlalu cepat dan ada pihak memetik sumber atau nama agensi berita tertentu yang akhirnya memberikan kesan kepada wartawan di agensi tersebut.

“Akta ini juga penting supaya perbezaan peranan pengamal media sebenar dan dan wartawan ‘mi segera’ dapat dibezakan secara profesiona­l dalam kerjaya agar terma wartawan dan keistimewa­an sebagai wartawan tidak disalah guna,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Media Kelantan (KEMUDI) Azran Fitri Rahim menyambut baik cadangan untuk mewujudkan akta khas berkenaan kerana sehingga kini, pengamal media tidak dilindungi dari aspek perundanga­n.

Katanya KEMUDI tidak mahu pengamal media dipergunak­an oleh pihak tertentu demi mencapai matlamat peribadi.

KEMUDI juga katanya berharap proses pemberian lesen media cetak dan elektronik diperkemas­kan bagi mengelak penyebaran berita tidak benar.

“Kadangkala portal dan laman web berita ini memetik berita dari akhbar arus perdana dan kemudian memutarbel­itkan dan mengubah fakta serta maklumat menjadikan fakta itu salah menyebabka­n wartawan disalahkan dan kenakan tindakan undang-undang,” katanya. -Bernama

“Pihak kerajaan perlu melihat wartawan sebagai aset penting berikutan mereka mempunyai maklumat yang bernilai bukan sahaja kepada agensi berita yang diwakili malah kepada negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia