Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pemburu haram terima padah, kena dua tahun, denda RM60,000

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dikenakan denda RM60,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memiliki sebanyak 3,780 kotak rokok pelbagai jenama bernilai RM5,359.60.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim juga memerintah­kan penjara selama enam bulan dikenakan terhadap Bakhtiar Khan, 47, jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap tertuduh selepas menukar pengakuann­ya kepada bersalah mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit salah denda minimum 10 kali ganda hingga 20 kali ganda nilai barang atau penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu di sebuah rumah sewa, Taman Kuala Manggatal di sini, pada 21 Februari tahun lalu.

Semasa rayuan peguam Erviana Ansari Ali menyatakan ayah kepada anak guamnya yang berada di negara Pakistan jatuh sakit setelah mendengar khabar anaknya ditangkap.

Katanya tertuduh mengaku salah setelah seorang saksi pihak pendakwaan dipanggil ketika perbicaraa­n dijalankan.

Beliau memohon hukuman ringan dikenakan memandangk­an tertuduh direman sejak 8 November tahun lalu.

Namun Pegawai Pendakwa Nanang Alam dari Jabatan Kastam menegaskan hukuman setimpal harus dijatuhkan.

Mohamad Aizat juga mengarahka­n Bakhtiar dirujuk ke Jabatan Imigresen dan barang rampasan di lucut hak kan kepada Jabatan Kastam.

 ??  ?? BAKHTIAR (tengah) diiringi anggota Kastam keluar dari kamar mahkamah selepas prosiding.
BAKHTIAR (tengah) diiringi anggota Kastam keluar dari kamar mahkamah selepas prosiding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia