Utusan Borneo (Sabah)

Road Tour AADK KK terus kepada komuniti

Road Tour AADK KK singgah di Kg Rampayan Laut

-

KOTA KINABALU: Skuad Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Kinabalu mengadakan Program Road Tour Skuad 7 Perhentian ke Kampung Rampayan Laut, Manggatal pada Ahad.

Pengerusi Skuad Afendih Ambrih berkata, program itu dilaksana di bawah Program Jelajah Skuad (Jelas) yang merupakan kempen pencegahan dadah secara terus kepada komuniti di kampungkam­pung berisiko dadah sekitar daerah ini.

Katanya, sesi road tour itu adalah untuk mengaktifk­an Jawatankua­sa Kecil Skuad di kampung-kampung berkenaan selain mengadakan pelbagai aktiviti yang menjadi faktor pelindung khasnya kepada belia di komuniti berkenaan.

“Program ini disertai oleh Rakan Skuad AADK Kota Kinabalu yang merupakan persatuan bukan kerajaan yang menawarkan diri untuk turut serta dalam pencegahan dadah.

“Antaranya Persatuan Warisan Wanita Kreatif Sabah (Pertafa) yang diketuai oleh Datin Seri Nolly Zai Ag Sham, Medical Student Associatio­n (Medstas) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS yang diketuai oleh Dr Yeap Boon Tat dan Pasukan Tindakan Cemas Malaysia Negeri Sabah yang diketuai oleh Masdin Amirlulah selaku ketua operasi,” katanya.

Beliau berkata pelbagai aktiviti diadakan, antaranya gotong royong membersihk­an tanah perkuburan, sukaneka, pemeriksaa­n kesihatan, bengkel kesihatan kepada kanak-kanak dan bengkel solekan.

Menurut Afendih, program itu akan diteruskan di tujuh kampung yang telah menawarkan diri untuk menerima pelantikan sebagai Jawatankua­sa Kecil Skuad AADK yang berperanan dalam mencegah dadah.

Katanya, skuad menerima baik kampung-kampung yang menawarkan diri dalam aktiviti pencegahan kerana bertepatan dengan motto Bulan Antidadah Kebangsaan 2019 iaitu ‘Komuniti kita tanggungja­wab kita’.

“Pelantikan jawatankua­sa kecil ini adalah sebagai langkah mengembali­kan peranan masyarakat dalam mencegah dadah,” jelasnya.

“Program ini disertai oleh Rakan Skuad AADK Kota Kinabalu yang merupakan persatuan bukan kerajaan yang menawarkan diri untuk turut serta dalam pencegahan dadah. AFENDIH AMBRIH Pengerusi Skuad

 ??  ??
 ??  ?? SESI bengkel kesihatan bersama kanakkanak oleh peserta Medstas UMS.
SESI bengkel kesihatan bersama kanakkanak oleh peserta Medstas UMS.
 ??  ?? SESI bengkel bersama kanak-kanak oleh peserta Medstas UMS.
SESI bengkel bersama kanak-kanak oleh peserta Medstas UMS.
 ??  ?? GAMBAR kenangan bersama Skuad AADK KK, rakan-rakan skuad dan penduduk kampung.
GAMBAR kenangan bersama Skuad AADK KK, rakan-rakan skuad dan penduduk kampung.
 ??  ?? PESERTA Medstas UMS mengajar kanak-kanak cara membersihk­an tangan.
PESERTA Medstas UMS mengajar kanak-kanak cara membersihk­an tangan.
 ??  ?? BENGKEL solekan bersama ibu-ibu oleh Pertafa.
BENGKEL solekan bersama ibu-ibu oleh Pertafa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia