Utusan Borneo (Sabah)

Cegah jenayah, disiplinka­n pelajar

Program Jom ke sekolah wujud hubungan mesra sekolah, PDRM

- Oleh JOHN TAMBANAN

“Semua aspek dan kerjasama dengan pihak polis adalah untuk memastikan kesedaran dan pendidikan anak-anak kita dapat ” diperkasak­an. DATUK HAJI MOHD KASSIM HAJI MOHD IBRAHIM Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah

PENAMPANG: Program Jom Ke Sekolah bertujuan mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang mantap di antara pihak sekolah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Haji Mohd Kassim Haji Mohd Ibrahim berkata, program itu juga adalah untuk membantu mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan peraturan serta pelakuan yang menyalahi undang-undang.

“Sememangny­a, kita telah membina hubungan yang baik dengan pihak polis sekian lama di mana setap sekolah ada pegawai perhubunga­n polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom ke Sekolah Peringkat Negeri Sabah di SMK Datuk Peter Mojuntin, di sini pada Isnin.

Kassim berkata, program itu juga dapat mendidik murid mengenai pematuhan undangKOTA undang dalam memastikan murid atau anak-anak tidak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang dan menjejaska­n pembelajar­an mereka.

“Semua aspek dan kerjasama dengan pihak polis adalah untuk memastikan kesedaran dan pendidikan anak-anak kita dapat diperkasak­an,” katanya.

Beliau berkata, melalui program itu juga dapat memperluas­kan penggunaan papan kenyataan perhubunga­n polis di sekolah untuk memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepada warga sekolah.

“Semenangny­a, sudah ada

kadet polis di sekolah-sekolah dan mereka sudah terdidik serta dalam masa yang sama mereka belajar mengenai aspek kepolisan.

“Kerjasama ini amat baik kerana kita mahu memberikan kesedaran kepada anak-anak di peringkat awal mengenai bagamana kita menjadi warganegar­a yang baik dalam pematuhan undang-undang negara,” katanya.

 ??  ?? KASSIM (kanan) semasa sidang media selepas majlis perasmian program Jom Ke Sekolah di SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang.
KASSIM (kanan) semasa sidang media selepas majlis perasmian program Jom Ke Sekolah di SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia