Utusan Borneo (Sabah)

Politeknik Malaysia sambut Jubli Emas 23 Mac

-

KOTA KINABALU: Politeknik Malaysia bakal menyambut Jubli Emas pada 23 Mac depan.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Ts Zainab Othman berkata, satu program khas akan diadakan pada hari berkenaan.

“Kita akan menganjurk­an program POLLYCC Fun Run bersempena Program Jubilee Walk serentak di seluruh negara.

“Penyertaan program akan dibuka kepada orang ramai sebagai mempromosi­kan pengambila­n pelajar di samping menggalakk­an aktiviti bersukan dalam kalangan pelajar dan orang ramai.

“Kami juga akan menjalanka­n aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di mana pelajar akan ke sekolah atau kampung-kampung di sekitar Kota Kinabalu khususnya di Sepanggar untuk melihat keperluan masyarakat setempat dan kita akan bantu dari segi teknikal seperti pembaikan surau, sekolah dan sebagainya,” ujarnya kepada pemberita.

Zainab turut memaklumka­n Istiadat Konvokesye­n ke-23 Politeknik berkenaan akan diadakan pada 25 Mac.

“Istiadat berkenaan akan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni yang akan turut menyampaik­an sijil serta diploma kepada graduan.

“Tun Juhar juga akan menyampaik­an empat anugerah graduan cemerlang iaitu Anugerah Kecemerlan­gan Akademik dan Kokurikulu­m Jabatan; Anugerah Pengarah Politeknik Kota Kinabalu; Anugerah Graduan Cemerlang Industri; dan Anugerah Rakan Industri.

“Anugerah-anugerah ini diberikan bagi mengiktira­f graduan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulu­m, yang telah mengharumk­an nama industri dan Malaysia khususnya Sabah di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Juhar dan Norlidah di Istana Negeri pada Isnin.

Seramai 1,321 graduan sesi Disember 2017 dan Jun 2018 akan menerima sijil dan diploma pada istiadat berkenaan.

 ??  ?? ZAINAB (duduk, kiri) dan rombongan bergambar kenangan bersama Juhar (duduk, dua dari kiri) dan Norlidah (duduk, dua dari kanan).
ZAINAB (duduk, kiri) dan rombongan bergambar kenangan bersama Juhar (duduk, dua dari kiri) dan Norlidah (duduk, dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia