Utusan Borneo (Sabah)

Kadamaian bakal manfaat peruntukan RM1.13 bilion

- -Oleh JOHN TAMBANAN

BELUD: Kadamaian mungkin salah satu daerah yang bakal menerima manfaat daripada daripada peruntukan RM1.13 bilion yang diwujudkan oleh Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Persekutua­n.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick mahu memastikan bahawa kawasan itu tidak akan terlepas daripada peruntukan berkenaan memandangk­an keperluan menaik taraf jalanjalan utama khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian menjadi keutamaann­ya.

“Kita telah menjemput Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Persekutua­n untuk turun padang meninjau keperluan sebenar jalan-jalan utama di DUN Kadamaian supaya dapat dimasukkan dalam senarai keutamaan pelaksanaa­n Rolling Plan ke4 iaitu bagi tahun 2019 dan 2020 di bawah pembiayaan peruntukan KPLB Persekutua­n bagi Rancangan Malaysia Kesebelas 20162020.

“Hari ini, Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Persekutua­n Sivarasa Rasiah bersama-sama kita meninjau salah satu jalan utama di Kadamaian, iaitu Jalan Nahaba-Sayap sejauh lebih 10 kilometer.

“Lawatan kerja beliau adalah untuk melihat sendiri keperluan dan permohonan yang telah kita kemukakan bagi manfaat lebih 7,000 penduduk di mukim ini,” katanya.

Ewon yang juga Adun Kadamakan berkata jalan Kg Nahaba-Kg Sayap sangat penting untuk dinaik taraf kerana ia merupakan imej kepada industri pelanconga­n luar bandar Sabah.

Belasan ribu pelancong yang mengunjung­i Kg Talungan, Kg Terintidon dan Kg Sayap juga menyampaik­an aduan berkaitan jalan raya itu.

“Saya amat yakin lawatan kerja bersama Sivarasa dan KPLB Persekutua­n akan dapat merealisas­ikan impian kami di Kadamaian untuk mendapatka­n kemudahan jalan-jalan luar bandar yang lebih baik,” katanya.

Menurut beliau, satu retreat akan dianjurkan oleh KPLB Sabah bagi membincang­kan input-input senarai keutamaan projek yang akan dilaksanak­an bagi RP4 2019-2020 melibatkan kesemua pegawai daerah, KPLB Persekutua­n, Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah dan beberapa lagi agensi lain dalam masa terdekat.

Beliau berharap jalan Kg N a haba- K g Sayap dimasukkan dalam senarai keutamaan teratas.

Katanya kepimpinan yang lepas sudahpun berusaha mendapatka­n komitmen kerajaan menaik taraf jalan berkenaan.

“Tugas saya selaku Adun K a damai andan Menteri K P L B Sabah adalah memastikan ia tersenarai untuk dilaksanak­an dalam pelaksanaa­n Rolling Plan ke-4 RMK11.

“Hari ini, kita juga membawa Sivarasa mengunjung­i ekopelanco­ngan Kg Talungan, Kg Terintidon dan Kg Sayap sebagai antara lain justifikas­i keperluan menyenarai­kan projek ini sebagai keutamaan pelaksanaa­n.

“Pada masa yang sama, saya juga mencadangk­an kepada KPLB Persekutua­n agar Kg Sayap dipilih sebagai salah satu Program Desa Lestari kerana potensinya dalam sektor pelanconga­n,” katanya.

Selain jalan raya, turut dibangkitk­an ialah keperluan menaik taraf kemudahan air graviti di 39 kampung dalam kawasan DUN Kadamaian yang tidak mempunyai akses kepada bekalan air bersih daripada Jabatan Air.

“Kita juga akan memasukkan ini sebagai input RP4 atau belanjawan seterusnya bagaimana kita boleh menyediaka­n air graviti terawat dan bersih kepada kampung-kampung ini,” katanya.

Di peringkat KPLB Sabah, Ewon turut menyatakan kelulusan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi menaik taraf kemudahan laluan trek eko-pelanconga­n dan pembinaan/penyelengg­araan gerai-gerai keusahawan­an pelanconga­n di Kg Sayap bagi tahun ini.

Sementara itu, Sivarasa berkata hubungan baik di antara Kerajaan Persekutua­n dan Negeri terutamany­a kerjasama di antara keduadua kementeria­n sangat penting untuk menjayakan pelaksanaa­n peruntukan KPLB Persekutua­n di Sabah.

“Proses perbincang­an dalam menentukan senarai-senarai keutamaan akan diadakan secara berterusan di antara kedua-dua kementeria­n. Apa yang penting adalah kita memutuskan pelaksanaa­n berdasarka­n kepada keperluan sebenar dan impak jangka panjang ke atas projek yang kita mahu laksanakan.

“Sebab itu, saya turun padang melihat sendiri keperluan naik taraf jalan ini sepertiman­a yang dikemukaka­n oleh Menteri KPLB Sabah selaku Adun di kawasan ini,” katanya.

Selain kawasan DUN Kadamaian, Sivarasa turut melawat mukim Kg Rosok untuk berdialog dengan para pengerusi MPKK berkaitan permasalah­an bekalan air di 11 kampung dalam mukim itu.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Persekutua­n Isnaraissa­h Munirah Majilis, Pengarah KPLB Persekutua­n Ham s h a Inja u, Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam dan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelanconga­n Sabah Mustapha Sakmud.

 ??  ?? EWON (empat dari kanan) dan Sivarasa (tiga dari kanan) serta rombongan melawat destinasi eko-pelanconga­n di Kg Telungan, Kadamaian.
EWON (empat dari kanan) dan Sivarasa (tiga dari kanan) serta rombongan melawat destinasi eko-pelanconga­n di Kg Telungan, Kadamaian.
 ??  ?? EWON, Sivarasa dan rombongan meninjau keadaan jalan raya daif di Kg Sayap, Kadamaian.
EWON, Sivarasa dan rombongan meninjau keadaan jalan raya daif di Kg Sayap, Kadamaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia