Utusan Borneo (Sabah)

Cuba seludup petrol, dua suspek penyeludup ditangkap

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Dua suspek yang disyaki cuba menyeludup hampir 1,400 liter minyak petrol ditangkap di perairan Pulau Bum-Bum, di sini, kirakira jam 3 pagi Isnin.

Penahanan keduadua suspek yang berusia lingkungan 30-an itu dan petrol terbabit dijalankan sepasukan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Semporna.

Pengarah Zon Maritim Semporna Komander (M) Norrimi Hassan berkata kesemua petrol itu ditemukan pasukannya di dalam 55 gelen yang berkapasit­i 25 liter setiap gelen.

“Jumlah keseluruha­n barangan rampasan di dalam kes itu dianggarka­n bernilai kirakira RM12,000 melibatkan sebuah bot pam, enjin pam dan petrol,” katanya.

Beliau berkata bot pam terbabit ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigak­an malah juragannya cuba meloloskan diri semasa hendak dihampiri APMM Semporna.

Menurutnya, pemeriksaa­n mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan

DUA suspek penyeludup ditangkap di sebuah bot pam yang membawa muatan minyak petrol di perairan Pulau Bum-Bum, Semporna.

disyaki cuba menyeludup petrol keluar ke negara jiran.

“Tindakan menahan suspek dan rampasan barang kes ke Jeti Kem Azumi Semporna, dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1969/ 63.

“Orang ramai diharap akan terus menjalin kerjasama dengan menyalurka­n maklumat atau aduan ke APMM Semporna di talian 089-782619 atau MERS999,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? APMM Semporna merampas hampir 1,400 liter petrol yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran.
APMM Semporna merampas hampir 1,400 liter petrol yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia