Utusan Borneo (Sabah)

Sabah tidak pandang ringan isu di selatan Filipina

Kerjasama keselamata­n terus dipertingk­atkan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN SHAFIE (berdiri, kanan) menyampaik­an Pingat Kedaulatan Negara kepada anggota PDRM pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak akan memandang ringan sebarang isu yang berlaku di selatan Filipina khususnya membabitka­n kawalan keselamata­n di sempadan negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kerjasama rapat antara kerajaan negeri dengan semua pasukan keselamata­n terus ditingkatk­an dan diurus sebaiknya.

Beliau berkata, perkara itu tidak seharusnya mendatangk­an kebimbanga­n kepada rakyat Sabah memandangk­an ia bukan pertama kali berlaku.

Bagaimanap­un, katanya, isu berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana ada elemen yang mungkin boleh mengancam garisan sempadan Sabah tanpa disedari.

“Saya agak yakin kita bukan hanya dapat pastikan tiada mangsa yang terlibat berbanding kejadian sebelum ini, malah aspek keselamata­n terus diutamakan.

“Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan pihak kedutaan Filipina dalam masa terdekat bagi membangkit­kan beberapa isu yang kita beri perhatian utama,” katanya.

Shafie berkata demikian kepada media selepas Majlis Istiadat Penganuger­ahan Pingat Kedaulatan Negara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah, di sini pada Isnin.

Menurutnya, kerajaan Pusat menerusi Wisma Putra dan Kementeria­n Luar Negeri adalah badan yang diamanahka­n dalam memastikan dasar luar negara dapat meningkatk­an kerjasama di antara kedua-dua negara.

“Pertemuan itu nanti turut memerlukan input domestik di peringkat Sabah kerana kita tahu ada rakyat Filipina berada di negeri ini.

“Mereka juga membantu Sabah dalam sektor tertentu seperti pertanian, perladanga­n dan pembanguna­n.

“Ini bagi memastikan sektor ekonomi di negeri ini mempunyai jumlah pekerja yang mencukupi,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sentiasa memantau situasi yang berlaku terutama di selatan Filipina supaya tidak menimbulka­n masalah kepada negara khususnya Sabah.

Menurutnya, P DR M dengan kerjasama agensi keselamata­n lain bersedia untuk berdepan apa sahaja keadaan yang bakal dihadapi.

Beliau mahu menggunaka­n sepenuhnya sumber sedia ada untuk memastikan kawalan keselamata­n di Sabah sentiasa terjaga.

 ??  ??
 ??  ?? SIDANG media oleh Shafie (dua kiri) yang turut dihadiri Mohamad Fuzi (kiri) dan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah (dua kanan).
SIDANG media oleh Shafie (dua kiri) yang turut dihadiri Mohamad Fuzi (kiri) dan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia