Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan, NGO digesa bantu bangunkan ekonomi Sabah

- Oleh JOHN TAMBANAN

TAMPARULI: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menggesa semua persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah supaya bersama-sama membantu membangunk­an ekonomi negeri terutama menerusi sektor perindustr­ian dan perlancong­an.

Beliau berkata, Sabah dijangka akan lebih maju ke hadapan dan pesat membangun di bawah kerajaan baharu memandangk­an begitu ramai pelancong datang ke negeri ini sejak Kebelakang­an ini.

“Ini ditambah pula dengan adanya hampir 70 penerbanga­n terus dari China ke Sabah setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Angpau dan Tahun Baharu Cina peringkat Daerah Tuaran di Dewan Tun Hamdan, di sini pada Ahad.

Madius berkata, di Daerah Tuaran saja, beliau telah menerima beberapa cadangan daripada pelabur dan pengusaha hotel bertaraf 5 bintang untuk membina hotel serta resort di daerah itu bagi menampung kedatangan pelancong yang semakin meningkat.

Madius yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian juga menggesa kaum Tionghua terutama di daerah Tuaran supaya melabur di kawasan Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP), yang telah menyediaka­n tanah-tanah dan menawarkan beberapa pakej menarik termasuk insentif untuk pelabur yang ingin membuka kilang di situ.

Lebih 6,000 penduduk sekitar Tamparuli dan Tuaran hadir di majlis itu yang dianjurkan oleh sembilan persatuan dan NGO Tionghua di daerah Tuaran.

Acara yang bermula seawal jam 3.30 petang menyediaka­n lebih 20 jenis hidangan makanan tempatan percuma kepada pengunjung termasuk 2 tan durian percuma.

Di sebelah malam, pengunjung juga dihiburkan dengan persembaha­n tarian singa, persembaha­n nyayian dan silap mata. Dalam majlis itu, Madius turut menyampaik­an sumbangan RM50,000 kepada persatuan, NGO dan badan kebajikan sekitar daerah Tuaran.

Beliau juga menyerahka­n angpau kepada warga emas dan bekas guru daerah Tuaran di samping menyerahka­n sumbangan bantuan kepada sekolah-sekolah dan murid-murid cermerlang.

Acara marathon Pesta Angpau dan Tahun Baharu Cina itu berlangsun­g selama 8 jam yang berakhir pada jam 10.30 malam.

 ??  ?? MADIUS menyampaik­an sumbangan kepada wakli persatuan, NGO dan badan kebajikan di majlis itu.
MADIUS menyampaik­an sumbangan kepada wakli persatuan, NGO dan badan kebajikan di majlis itu.
 ??  ?? MADIUS (tengah) bergambar bersama bersama sembilan persatuan dan dan NGO Tionghua daerah Tuaran.
MADIUS (tengah) bergambar bersama bersama sembilan persatuan dan dan NGO Tionghua daerah Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia