Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pemburu haram terima padah

Dipenjara dua tahun, denda RM60,000 kerana miliki bahagian tubuh penyu

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Tiga pemburu haram penyu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin dan dijatuhkan hukuman denda RM60,000 dan dua tahun penjara bermula dari tarikh jatuh hukum.

Butlayan Tabiyanan, Kismaru Rismaru, dan Abdul Gahni Awan, ketiga-tiganya berumur 19 tahun dijatuhkan hukuman itu kerana memiliki bahagian-bahagian tubuh penyu.

Memandangk­an, penyu hijau spesies haiwan yang dilindungi sepenuhnya mengikut Jadual 1 Bahagian 1 Nombor 8 Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar (EPHL) 1997.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, turut memerintah­kan hukuman tambahan satu tahun penjara yang berjalan berasingan, jika gagal melunaskan denda mereka.

Ketiga-tiga tertuduh yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu, didapati memiliki 12 sisik marjinal, enam plastron dan organ kemaluan spesies penyu hijau.

Akibat menyalahi peraturan Seksyen 41 (1) EPHL 1997, mereka dihukum menerusi Seksyen 41 (4) akta sama yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, mereka ditangkap pasukan Atur Gerak Cepat (QRF) Angkatan Tugas Bersama (ATB) II di perairan Pulau Ligitan Semporna pada 6 Februari lalu.

Semasa tangkapan terbabit dijalankan juga, pasukan tentera QRF berkenaan turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk membunuh penyu.

Antaranya, sebilah pisau tangkai hijau cerah, sebilah pisau tangkai kayu, sebilah kapak tangkai kuning hitam, dua batang cangkuk tangkai kayu, dan sebuah perahu.

Pada 7 Februari, Pasukan Polis Marin (PPM) menyerahka­n kes itu kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut peraturan yang ada.

Pegawai Pendakwa JHL Silvester Saimin mengendali­kan pendakwaan terhadap ketiga-tiga tertuduh berkenaan dalam prosiding yang berlangsun­g pada sebelah pagi.

“Ketiga-tiga tertuduh yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu, didapati memiliki 12 sisik marjinal, enam plastron dan organ kemaluan spesies penyu hijau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia