Utusan Borneo (Sabah)

Upah pekerja warga asing tiada pas, majikan didenda RM10,000

- - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang majikan dikenakan denda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana mengupah seorang pekerja warga asing yang tidak mempunyai pas yang sah.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Tu Koi Loi, 54, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63.

Jika sabit salah hukuman yang diperuntuk­kan denda minimum RM10,000 dan maksimum RM50,000 atau penjara selama tempoh setahun, atau kedua-duanya.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, Azreena memerintah­kan penjara selama tiga bulan dikenakan terhadap Tu.

Tertuduh didapati mengupah seorang lelaki warga asing berusia 23 tahun tanpa dokumen sah, pada 28 Januari jam 2.30 petang di Yun Loi Enterprise, Jalan Kerongkom, daerah Kota Marudu.

Semasa rayuan Tu yang tidak diwakili peguam merayu hukumannya dikurangka­n dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

“Minta denda yang minimum kerana syarikat kami baru beroperasi,” katanya.

Bagaimanap­un Pegawai Pendakwa Muhd Shafiq Amin dari Jabatan Imigresen menegaskan hukuman setimpal harus dikenakan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki dan wanita masing-masing dikenakan penjara selama lima bulan atas kesalahan masuk di negara ini tanpa dokumen yang sah. Hukuman itu dijatuhkan terhadap Riz Osman, 29, dan Erwisha Hajarani, 35, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 6 (1)(c) akta sama.

Kedua-dua tertuduh ditangkap pihak berkuasa pada 10 dan 14 Februari, kerana tidak mempunyai pas yang sah untuk menetap di negara ini.

Azreena juga memerintah­kan R i z dikenakan satu sebatan dan keduadua tertuduh menjalani pemenjaraa­n bermula dari tarikh tangkap.

Setelah tamat tempoh hukuman, mereka diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Pegawai Pendakwa ASP Sabrina Jinius melakukan pendakwaan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia