Utusan Borneo (Sabah)

Warga Pohon Batu hasilkan 1,200 kelupis dan lamban

-

LABUAN: Warga Kampung Pohon Batu telah menghasilk­an 500 kelupis dan 700 lamban sempena program gotong-royong membuat kelupis dan lamban di perkaranga­n Masjid AlMunawar, Kampung Pohon Batu pada Ahad.

Program yang bermula jam 7.30 pagi itu dihadiri kira-kira 200 penduduk kampung yang menjayakan penghasila­n kelupis dan lamban berkenaan.

Pengerusi Masjid AlMunawar Haryadi Omar berkata tujuan program yang julung kalinya itu adalah untuk mengeratka­n silaturahi­m ahli jawatankua­sa masjid dengan penduduk Kampung Pohon Batu.

Menerusi program itu, pihaknya mengambil peluang dan ruang untuk menyampaik­an informasi aktiviti-aktiviti masjid seperti kuliah, ceramah dan kelas mengaji.

“Selain itu, menggalakk­an masyarakat yang beragama Islam supaya mendekati masjid bukan sahaja untuk beribadah tetapi untuk menimba ilmu dan beriadah.

“Kami yakin hubungan baik AJK masjid dengan penduduk Kg Pohon Batu akan terus terjalin erat yang sememangny­a sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan pelbagai program di Masjid Al-Munawar,” katanya.

Program itu dipengerus­ikan oleh Hajah Aminah Haji Sujud sebagai pengarah program.

Menurut Aminah, hasil kelupis dan lamban yang diusahakan penduduk kampung itu dijadikan jamuan makan tengahari dan selebihnya disedekahk­an kepada mereka yang hadir.

Tambah Haryadi, program itu juga mendapat sumbangan berupa wang ringgit dan bahan mentah daripada beberapa individu sebagai tanda sokongan mereka kepada aktiviti masjid.

“Selain taqwim Islam, AJK masjid akan mngadakan program kenduri sekampung pada penghujung bulan Sya’ban nanti sebelum brmulanya Ramadan,” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua jemaah dan penduduk kampung yang menjayakan program itu.

 ??  ?? HARYADI (tengah, barisan kedua) bersama penduduk Kg Pohon Batu yang menjayakan gotong-royong membuat kelupis dan lamban itu.
HARYADI (tengah, barisan kedua) bersama penduduk Kg Pohon Batu yang menjayakan gotong-royong membuat kelupis dan lamban itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia