Utusan Borneo (Sabah)

Lavista bantu promosi Pulau Rusukan Besar

Sebagai destinasi pelanconga­n menerusi penghasila­n karya seni

-

LABUAN: Persatuan Seni Visual Wilayah Persekutua­n Labuan (Lavista) akan membantu mempromosi­kan Pulau Rusukan Besar sebagai sebuah destinasi pelanconga­n di Wilayah Persekutua­n Labuan melalui penghasila­n karya seni visual.

Perbincang­an awal antara Lavista dengan pengusaha dan pengurus chalet di Pulau Rusukan Besar telah diadakan sewaktu lawatan jawatankua­sa Lavista ke pulau itu baru-baru ini.

Pengerusi Lavista Azize M Yusop, berkata beliau dan beberapa seniman seni visual Labuan terpanggil untuk menghasilk­an karya seni visual seperti lukisan moral, cantan batik dan sculpture.

Katanya, karya yang akan dihasilkan berkonsepk­an hidupan laut, sejarah tempat dan keunikan di Pulau Rusukan Besar.

“Usaha ini adalah sebagai sokongan kepada langkah kerajaan dalam memajukan industri pelanconga­n di Wilayah Persekutua­n Labuan,” tambahnya.

Azize berkata, Lavista telah merancang beberapa program seni yang akan diadakan di Pulau Rusukan Besar seperti perkhemaha­n seni dan lawatan penggiat seni visual dari Sabah dan Sarawak ke pulau itu.

Sementara itu, Jeffrey Lee, selaku pengusaha chalet di Pulau Rusukan Besar, menyokong dan akan memberikan kerjasama

“Usaha ini adalah sebagai sokongan kepada langkah kerajaan dalam memajukan industri pelanconga­n di Wilayah Persekutua­n Labuan.

AZIZE M YUSOP Pengerusi Lavista

kepada seniman Lavista dengan harapan karya yang dihasilkan akan dapat memperkena­lkan keunikan dan keindahan pulau itu kepada pelancong tempatan dan luar negara.

Pulau Rusukan Besar yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Labuan telah dimajukan menjadi salah sebuah lokasi percutian pelancong.

“Pulau Rusukan Besar juga popular dengan keindahan semulajadi hidupan dasar laut dan pantai yang putih,” kata Azize.

 ??  ?? AZIZE (dua dari kanan) dan Jeffrey (duduk) bersama seniman seni visual sewaktu lawatan jawatankua­sa Lavista ke Pulau Rusukan Besar.
AZIZE (dua dari kanan) dan Jeffrey (duduk) bersama seniman seni visual sewaktu lawatan jawatankua­sa Lavista ke Pulau Rusukan Besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia