Utusan Borneo (Sabah)

75 pelajar lepasan STPM SMK Labuan berjaya ke IPT

-

LABUAN: Seramai 75 pelajar lepasan STPM SMK Labuan telah berjaya melanjutka­n pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara pada tahun lalu.

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah berkata pada setiap tahun, jumlah lepasan STPM SMK Labuan yang berjaya memasuki IPT sentiasa meningkat.

Katanya, 75 pelajar itu dalam tempoh empat tahun akan menjadi modal insan atau tenaga kerja di Wilayah Persekutua­n Labuan atau di negeri lain.

“Ini belum termasuk lepasan SPM yang dapat melanjutka­n pelajaran ke IPT. Kita boleh bayangkan apa peranan mereka terhadap pembanguna­n Labuan dalam tempoh 10 tahun akan datang, sebagai pengurus atau pemimpin pertengaha­n dan seterusnya apabila mereka memegang jawatan serta tanggungja­wab pengurusan tinggi di mana-mana organisasi di Labuan atau di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung PIBG SMK Labuan Ke-21 di Dewan Mutiara sekolah itu pada Sabtu.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan merangkap Bapa Angkat Korporat SMK Labuan Dato’ Sri Haji Amir Hussien.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Raisin Saidin dan Yang Dipertua PIBG Haji Md Yusof Haji Chuchu.

Mesyuarat pada tahun ini mencatat sejarah apabila dihadiri kira-kira 500 ibu bapa iaitu kehadiran paling ramai pernah dicatat sebelum ini.

Pada majlis itu, Amir mengumumka­n sumbangan penghawa dingin untuk memberi keselesaan kepada pelajar, guru dan ibu bapa yang menggunaka­n Dewan Mutiara SMK Labuan.

Ismail berkata guru, ibu bapa dan komuniti adalah tulang belakang pihak sekolah dalam usaha memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak.

Jumlah pelajar SMK Labuan ketika ini ialah seramai 1,470 orang, bilangan guru 131 orang (36 lelaki, 95 perempuan).

Sementara jumlah kelas sebanyak 54 kelas tingkatan 1 hingga 6, tetapi jumlah bilik darjah hanya 36 buah menyebabka­n SMK Labuan terpaksa beroperasi dalam dua sesi iaitu sesi pagi (Tingkatan 4,5,6) dan sesi petang (Tingkatan 1,2,3).

“Untuk beroperasi sebagai sekolah satu sesi, SMK Labuan memerlukan 18 bilik darjah tambahan,” katanya.

Bergerak dengan keadaan sedia ada, kata Ismail, warga SMK Labuan tidak akan menjadikan kekurangan yang ada sebagai alasan untuk tidak mampu bergerak seiring dengan visi dan misi Kementeria­n Pelajaran Malaysia (KPM) serta menyahut seruan dalam amanat Menteri Pendidikan 2019.

Amanat Menteri Pendidikan menekankan tema sekolah untuk komuniti. Pendidikan ialah tanggungja­wab semua, bukannya terasing daripada masyarakat.

Beliau berkata SMK Labuan berhasrat untuk membawa ibu bapa, komuniti dan pihak swasta bersama menjayakan aktiviti-aktiviti pendidikan di sekolah itu.

Katanya, sumbangan tidak semestinya berbentuk kewangan atau material, sumbangan berbentuk tenaga dan kemahiran juga sangat dihargai.

Ismail menyeru agar ibu bapa dapat mengeratka­n persefaham­an, memberi sokongan dan bersamasam­a memastikan anakanak mendapat hak untuk pendidikan yang berkualiti serta peluang untuk menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan.

 ??  ?? GURU-GURU tidak melepaskan peluang bergambar bersama Amir (tengah).
GURU-GURU tidak melepaskan peluang bergambar bersama Amir (tengah).
 ??  ?? AMIR (tengah) dan Ismail bergambar bersama AJK PIBG, guru dan ibu bapa yang hadir di mesyuarat PIBG itu.
AMIR (tengah) dan Ismail bergambar bersama AJK PIBG, guru dan ibu bapa yang hadir di mesyuarat PIBG itu.
 ??  ?? AMIR (tengah) menerima cenderamat­a daripada Ismail sambil diperhatik­an Md Yusof.
AMIR (tengah) menerima cenderamat­a daripada Ismail sambil diperhatik­an Md Yusof.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia