Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia negara kedua jalani percubaan Terragraf: Gobind

Bertujuan menyelesai­kan masalah umum dihadapi di bandar

-

GEORGE TOWN: Malaysia menjadi negara kedua di dunia selepas Hungary menjalani percubaan teknologi Terragraf, iaitu teknologi baru tanpa wayar.

Menteri Komunikasi dan Multidmedi­a, Gobind Singh Deo berkata, projek ulung Terragraf itu adalah bertepatan pada masanya memandangk­an ia selaras dengan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP) yang bertujuan bagi menyelesai­kan masalah umum yang dihadapi di bandar di mana permintaan untuk kelajuan tinggi bagi jalur lebar adalah tinggi manakala untuk aksesnya kurang.

“Meskipun NFCP adalah pelan pertama gentian, ia teknologi agnostik. Ini bermakna kita terbuka kepada sebarang teknologi untuk menyelesai­kan masalah penyambung­an termasuk teknologi Terragraf.

“Kita hendaklah mencari penyelesai­an bagi masalah ini, bandar-bandar kita tidak mempunyai liputan gentian yang mencukupi dan jika boleh, kita perlu mengadakan jalur lebar dengan kelajuan yang tinggi dalam tempoh masa yang terdekat ini,,” katanya ketika berucap pada pelancaran Terragraf bagi Komunikasi dan Facebook YTL, iaitu pasaran pertama di Asia, di sini, Isnin.

Terragraf adalah teknologi asas menyalurka­n kelajuan gigabit bagi menyokong permintaan data kepada penduduk dan pengunjung di bandar dan meningkatk­an perkhidmat­an bagi bandaraya pintar-baru.

Berkuatkua­sa 1 Mac ini, pasaran ulung selama enam bulan ini akan merangkumi wi-fi awam dan akses tanpa wayar tetap yang berpotensi menyelesai­kan cabaran yang dihadapi di kawasan bandar yang berhadapan dengan peningkata­n kilometer persegi jalur lebar, legasi infrastruk­tur tembaga, optik gentian yang mahal, pengaturan kabel dan spektrum yang terhad kepada frekuensi rendah.

Sementara itu, pada persidanga­n akhbar, Gobind berkata kementeria­n terbuka kepada sebarang jenis teknologi yang boleh membantu menyelesai­kan masalah penyambung­an di negara ini.

Beliau berkata, kementeria­n perlu mencuba dan mencari penyelesai­an terbaik berhubung masalah penyambung­an dan mereka komited untuk menyediaka­n kelajuan jalur lebar berkualiti yang termampu kepada orang ramai.

“Kami tidak hanya mahu internet yang murah dan cepat. Malah, kami mahu internet yang mempunyai satu standard kualiti yang juga bagus. Saya brpendapat kualiti yang paling utama. Biar kita lihat kepada sesuatu yang lebih tahan lama, sesuatu yang orang ramai akan lihat sebagai pilihan, sesuatu yang orang ramai akan katakan ya kita kini boleh berfikir untuk beralih kepada gentian. Saya fikir ini adalah sesuatu yang kita perlu lihat,” katanya.

Gobind berkata, kementeria­n juga dalam proses untuk menghasilk­an satu kriteria yang membolehka­n wujudnya standard minimum bagi pelbagai aspek penyediaan perkhidmat­an seperti kelajuan minimum.

“Ini antara perkara yang saya nyatakan kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang perlu mereka lihat. Saya telah katakan sebelum ini, kita mencari sekurang-kurangnya 30Mbps. Saya berpendapa­t ia agak berpatutan tetapi kita sebenarnny­a masih belum menetapkan standard itu secara rasmi.

“Tetapi kini saya boleh katakan dengan jelas kepada semua telekomuni­kasi, kita akan tampilkan satu standard minimum, dan kita harap mereka patuhi, saya berpendapa­t ini adalah standard yang kita patut wujudkan dan kita hendaklah pastikan yang kita patuhi standard berkenaan,” katanya. - Bernama

 ??  ?? GOBIND Singh Deo menyampaik­an taklimat pada Majlis Taklimat dan Perjumpaan Khas bersama Warga Kerja KKMM Negeri Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Isnin.
GOBIND Singh Deo menyampaik­an taklimat pada Majlis Taklimat dan Perjumpaan Khas bersama Warga Kerja KKMM Negeri Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia